
Usahawan niat beri kereta 4×4 baru, Abam Viva toIak jika untuk marketing
Nama Azwan Omar ketika ini sedang hangat diperkatakan kerana menjadi Unsung Hero buat mangsa-mangsa banjir di sesetengah tempat.
Dia yang secara sukarela datang menyelamatkan dan membantu mangsa-mangsa di kawasan yang ditimpa bencana banjir dengan bot persendiriannya telah digelar ‘Abang Viva’ memandangkan menaiki kereta tersebut berbekalkan RM50 dari Melaka.
Kisahnya tular dan mendapat perhatian media serta orang ramai sehingga ada usahawan yang ingin memberikannya kereta untuk kegunaan peribadi memandangkan jasa yang ditumpahkan kepada mangsa-mangsa banjir cukup besar.
Selepas hampir sehari mencari ‘Abang Viva’ di media sosial, usahawan wanita yang dikenali sebagai Sha Hassan telah berjaya menghubungi pemuda tersebut dan bertanyakan kesudiannya untuk menerima pemberian tersebut.
Namun, Azwan dilihat belum memberikan kata putus dan sempat bertanyakan secara jujur sama ada pemberian tersebut untuk tujuan marketing ataupun tidak.
Menurut Azwan lagi, dia tidak mahu terikat dengan mana-mana syarikat atau badan bukan kerajaan (NGO) dan merasakan bukan orang senang untuk menyelenggara kereta yang agak mahal seperti 4×4 andai menggunakan kereta sebegitu.
Walau bagaimanapun, usahawan tersebut sama sekali tidak memaksa dan hanya berniat baik mahu memberikan hadiah buat insan berjasa seperti pemuda tersebut.
Justeru itu, usahawan berkenaan meluahkan rasa syukur kerana dapat menghubungi Azwan sendiri dan bersedia untuk dihubungi kembali andai pemuda itu setuju untuk menerima pemberian ikhlasnya.
Dalam pada itu, Sha Hasan turut memohon orang ramai tidak menggangu ‘Abang Viva’ buat masa ini memandangkan dia sedang sibuk menerusikan misi bantuan di kawasan banjir dan memerlukan rehat secukupnya selepas berhari-hari diatas bot.
SEJAK kisah mengenai abang Viva viral selepas dijulang sebagai wira tidak didendang ketika membantu warga Shah Alam, Selangor, muncul sekeping gambar Azwan Omar, 29, bersama keluarganya di media sosial.
Gambar tersebut memperlihatkan Azwan bersama keluarganya ditemani dua wanita, ibu dan ayahnya serta dua orang kanak-kanak.
Azwan yang ditanya mengenai dirinya mengatakan dua orang kanak-kanak itu merupakan anak saudaranya yang dia bersama-sama bantu memelihara selepas kakaknya meninggal dunia.
Kata Azwan, anak buahnya itu dijaga sejak berusia setahun lagi.
“Kahwinpun belum, bujang dan single,” jawab ringkas Azman ketika dihubungi UtusanTV.
Nama Azwan menjadi bualan selepas membantu mangsa banjir malam Sabtu lalu di Shah Alam dan kini dia berada di Temerloh, Pahang bagi membantu penduduk di situ.
Sejak tiga hari lalu, Azwan hanya tidur di dalam kereta Viva miliknya bagi membantu penduduk-penduduk yang memerlukan bantuan.
Tambah Azwan anak buahnya itu merupakan anak kepada kakak pertamanya.
Ditanya sama ada anak buahnya menelefon untuk meluahkan rasa rindu kerana dia kini berjauhan di negeri orang, Azwan hanya menjawab “Dia nak call cakap rindu memang tak ada, tapi kita fahamlah dia punya hati tu”.
Dalam pada itu, Azwan juga mengatakan, dia masih belum terfikir berapa hari akan berada di Pahang, dan akan pulang ke Alor Gajah, Melaka apabila sampai waktunya.
“Belum tahu lagi, kita akan ikut air,” katanya.
Leave a Reply