Selepas tular foto ambil oven, akhirnya wanita dalam foto tampil cerita sebenar ‘anak dah 3 hari tak makan’

“PETALING JAYA – Seorang wanita tampil menjelaskan perkara sebenar apabila mendapati dirinya tular di media sosial sehingga dikecam orang ramai.

Ia berikutan sekeping foto yang dimuat naik di laman Facebook Pen Dakwat Hitam memaparkan seorang lelaki membawa keluar sebuah kotak didakwa ketuhar bersama seorang wanita dari sebuah pasar raya.

Menerusi video berdurasi satu minit 15 saat yang dikongsikan di laman sosial largh_dawson, wanita tersebut menjelaskan, kotak itu digunakan bagi mengisi makanan yang ingin dibawa pulang.

“Kotak saya letak biskut, letak sardin”

“Saya ambil kotak itu untuk letak biskut dan sardin, bukannya ‘oven’ dalam dia.

“Kalau saya ambik, saya nak buat apa dekat rumah dan anak dah lapar sebab tiga hari tidak makan,” katanya.

Bagaimanapun, wanita tersebut turut meminta maaf kerana membuat orang ramai salah sangka dengan tindakannya itu.

Melalui perkongsian itu, rata-rata orang ramai turut bersimpati dan bersangka baik terhadapnya.

“Alhamdulillah, niat akak baik. Semoga dipermudahkan segala urusan kak,” kata Neilarmy.

“Minta maaf sebab saya salah sangka dan salah faham sebelum ini,” ujar MohdHafiz.

31 warga asing dicekup ceroboh Mydin

Seramai 31 warga asing dicekup bagi membantu siasatan kes pecah dan ceroboh pasar raya Mydin di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, penahanan itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkenaan.

“Kesemua suspek terdiri daripada 10 warga Indonesia, Nepal (9), Bangladesh (7) dan Myanmar (5).

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Jelas beliau, pihaknya meletakkan elemen pencegahan jenayah di semua kawasan yang terjejas akibat banjir.

Justeru, Baharudin menasihatkan orang ramai di kawasan banjir supaya tidak mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang.

“Polis akan mengambil tindakan tegas atas setiap kesalahan jenayah yang dilakukan,” katanya.

Semalam, polis mengesahkan beberapa kejadian pecah kedai serbaneka di sekitar taman berkenaan yang berlaku berlaku antara pukul 1 hingga 2 petang.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin hari ini menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan itu dengan niat meneruskan kelangsungan hidup.

Terdahulu, tular satu klip video berdurasi 11 saat di media sosial yang memaparkan mengenai kejadian tersebut.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan individu yang terpaksa memecah masuk beberapa kedai kerana kehabisan bekalan makanan akibat terkandas banjir teruk.

PASAR raya Mydin di Taman Sri Muda menjadi tumpuan mangsa banjir untuk mendapatkan bekalan makanan dan barangan keperluan lain ketika bencana itu melanda dan menyebabkan premis berkenaan turut ditenggelami air di Shah Alam, Selangor.

Sumber : limauasamboi

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*