Tak sangka ini reaksi Harith Iskander selepas ATM balas balik kenyataan dia kata mereka tidak membantu ketika benc4na

Kenyataan Harith Iskander di media sosial mempersoalkan peranan Angkatan tentera Malaysia (ATM) bagi membantu mangsa banjir menerima pelbagai reaksi termasuk maklum balas dari pihak tentera.

Harith dalam satu hantaran di Facebook mendakwa sepanjang empat hari beliau di kawasan terjejas banjir di Shah Alam, Banting dan Hulu Langat, dia tidak melihat anggota ATM.

Susulan daripada perkongsian tersebut, dilihat ATM turut meninggalkan maklum balas dengan memaparkan beberapa gambar menunjukkan pihak tersebut berada di semua lokasi banjir.

Dalam pada itu, Tentera Darat Malaysia turut membalas kenyataan tersebut di ruangan komen.

“Tentera Darat Malaysia tidak terkecuali dalam berganding bahu bersama-sama dengan pelbagai agensi bagi membantu mangsa bencana banjir.

“Antaranya adalah Tentera Udara Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysi (JPBM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM).

“Turut terlibat, Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Setiausaha Kerajaan Pahang (SUK) dan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) dalam pengurusan bencana banjir di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di Wisma Sri Pahang,” katanya.

Jelasnya lagi, wakil Pegawai Perhubungan Briged Keempat Infantri Malaysia (4 Bgd) sentiasa bekerjasama dan bersedia pada sebilang masa dalam memberi bantuan yang diperlukan oleh PKOB dalam misi kemanusian membantu mangsa bencana banjir yang terjejas.

Rata-rata orang ramai turut dilihat tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut yang dianggap mengelirukan.

“Minta Maaf Kalau Tweet Menyinggung Perasaan, Dengan Ikhlas Saya Bertanya Pasal ATM…” – Harith Iskander

“Minta Maaf Kalau Tweet Menyinggung Perasaan, Dengan Ikhlas Saya Bertanya Pasal ATM…” – Harith Iskander

Pelawak dan pengacara Harith Iskander memohon maaf sekiranya ciapan yang dibuat sebelum ini menyinggung perasaan ramai.

Selain memohon maaf, Harith turut memberi penjelasan mengapa dia bertanya tentang keberadaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika menjalankan kerja-kerja menyelamat di beberapa kawasan.

“Minta maaf kalau tweet menyinggung perasaan. Untuk penjelasan ini waktu saya berada di “ground zero” dengan bot sendiri sempat menyelamat 12 orang yang terperangkap.

“Bomba, Polis, NADMA ada. Dengan iklhas saya tanya pasal ATM sebab pada waktu itu kekurangan anggota dan kenderaan,” ciap Harith.

Sebelum itu Harith dalam satu hantaran di Facebook mendakwa sepanjang empat hari beliau di kawasan terjejas banjir di Shah Alam, Banting dan Hulu Langat, dia tidak melihat anggota ATM.

Kenyataan Harith Iskander di media sosial itu yang seolah-olah mempersoalkan peranan ATM membantu mangsa banjir itu, menerima pelbagai reaksi termasuk maklum balas dari pihak tentera.

Susulan itu, warganet turut menggesa Harith memohon maaf kepada ATM kerana kenyataan dibuat kurang tepat.

Sumber: kosmo | gempak

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*