
KUALA LUMPUR – Kira-kira 100 orang individu yang memec4h masuk kedai Mydin pagi semalam didakwa berniat untuk melakukan rom.pakan kerana mereka bersenjatakan pi.sau dan pa.rang.
Mereka juga bukan mencu.ri barang-barang makanan yang boleh dimakan tetapi mengambil barangan elektrik dan pelbagai barangan lain yang berharga seperti jam, peralatan komputer dan sebagainya di tingkat satu kedai tersebut.
Nilai ke.curian dianggarkan bernilai RM200,000 hingga RM300,000 selepas dinilai oleh kakitangan Mydin petang semalam.
“Melihat barang-barang yang dicuri, mereka mence.roboh (kedai) bukan untuk makanan tetapi masuk untuk mencu.ri,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Ameer berkata, beliau dan pengurusannya telah meneliti keseluruhan rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) dan melihat gelagat setiap seorang yang terlibat melakukan pence.robohan itu.
“Mereka masuk dan meluru naik ke tingkat satu yang menempatkan barang-barang elektrik. Rakaman sangat jelas,” ujarnya lantas menyimpulkan kumpulan itu mence.roboh kedai Mydin kerana mahu mencu.ri.
Katanya, semasa kejadian itu pengurus dan beberapa kakitangan kedai tersebut berada di dalam kedai kerana masih tidak dapat keluar daripada premis berkenaan.
Mereka bermalam di dalam dorm yang ada di kedai tersebut semasa hujan lebat yang mengakibatkan ban.jir besar di kawasan itu. Jadi, kejadian itu memang disedari oleh kakitangan Mydin.
Menurutnya, kumpulan lelaki itu telah memecahkan pintu depan menggunakan ka.yu dan pa.rang sebelum memasuki premis berkenaan.
Ameer berkata, perbuatan sekumpulan lelaki itu cuba dihalang oleh kakitangannya tetapi apabila mereka mengeluarkan pi.sau dan pa.rang, kakitangan Mydin terpaksa mengalah demi keselamatan masing-masing.
“Kalau lapar perlu ke bawa pi.sau dan pa.rang?,” katanya yang sangat kesal dengan insiden itu.
Ujar beliau, kero.sakan pintu kedai juga tidak dapat dibaiki menyebabkan premis berada dalam keadaan terbuka.
Ameer berkata, beliau tidak berden.dam dengan kumpulan yang mence.roboh itu tetapi kes berkenaan sudah dilaporkan kepada polis.
“Perbuatan mencu.ri itu dilakukan oleh mereka, jadi itu ma.salah mereka yang terlibat,” tambahnya.
Ameer berkata, beliau turut prihatin dengan nasib penduduk di kawasan berkenaan, justeru syarikat itu telah menghantar makanan ke kawasan berkenaan semalam.
“Kami ada membawa makanan yang diperlukan oleh ma.ngsa-ma.ngsa banjir atas keprihatinan Mydin kepada mereka yang terpaksa berlapar, mena.han dahaga dan berdepan dengan banjir yang meruntun perasaan rakyat Malaysia,” katanya.
Dalam pada itu, Pihak Mydin juga menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat untuk meneruskan kelansungan hidup akibat bantuan yang lambta tiba dan bukan dengan niat yang sebaliknya
31 warga asing dicekup ceroboh Mydin
SHAH ALAM: Seramai 31 warga asing dicekup bagi membantu siasatan kes pecah dan ce.roboh pasar raya Mydin di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, penahanan itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkenaan.
“Kesemua suspek terdiri daripada 10 warga Indonesia, Nepal (9), Bangladesh (7) dan Myanmar (5).
“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Jelas beliau, pihaknya meletakkan elemen pencegahan jenayah di semua kawasan yang terjejas akibat banjir.
Justeru, Baharudin menasihatkan orang ramai di kawasan banjir supaya tidak mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang.
“Polis akan mengambil tindakan tegas atas setiap kesalahan jenayah yang dilakukan,” katanya.
PASAR raya Mydin di Taman Sri Muda menjadi tumpuan mangsa banjir untuk mendapatkan bekalan makanan dan barangan keperluan lain ketika bencana itu melanda dan menyebabkan premis berkenaan turut ditenggelami air di Shah Alam, Selangor.
Semalam, polis mengesahkan beberapa kejadian pecah kedai serbaneka di sekitar taman berkenaan yang berlaku berlaku antara pukul 1 hingga 2 petang.
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin hari ini menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan itu dengan niat meneruskan kelangsungan hidup.
Terdahulu, tular satu klip video berdurasi 11 saat di media sosial yang memaparkan mengenai kejadian tersebut.
Perbuatan itu dipercayai dilakukan individu yang terpaksa memecah masuk beberapa kedai kerana kehabisan bekalan makanan akibat terkandas banjir teruk.
Sumber: trendingsangat
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply