Pelakon popular Taiwan meningg4l dunia, ramai terkesima bila tahu jumlah harta yang diwasiatkan kepada pembantu rumah. Rupanya ini sebab kenapa

NAMA pelakon Taiwan Chen Sung-Young menjadi sebutan setelah dilaporkan men1ngg4l dun1a pada 17 Disember lalu.

Selain khabar kem4t1annya, pelakon berusia 80 tahun itu turut memberikan sebanyak 2 juta TWD (RM302,000) kepada pengasuhnya, Yule yang berasal dari Indonesia.

Chen mengh3mbuskan nafas terakhirnya di Hospital Taoyuan Chang-Gung Memorial setelah bertahun-tahun melawan komplikasi daripada pelbagai penyak1t.

Aktor berasal dari Taiwan ini memulakan kerjayanya pada 1970 dengan membintangi pelbagai drama dan filem popular selama beberapa dekad termasuk lakonannya bersama Jet Li dalam filem Hong Kong Fong Sai-yuk.

Dia memenangi penghargaan untuk drama sejarah Taiwan berjudul ‘A City of Sadness’ yang diarahkan oleh Hou Hsiao-hsien pada 1989.

Chen memilih untuk bersara daripada bidang lakonan kerana keadaan kesihatannya yang semakin mer0sot pada 2000 dan kemudiannya mengalami str0k pada 2006. Bagaimanapun, Chen memilih untuk tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak.

Namun dalam beberapa tahun terakhir, dia sangat rapat dengan Yule dan sudah menganggap wanita itu sebagai anak sendiri. Sebelum meninggal dunia, Chen berjanji akan memberikan yang terbaik untuk Yule kerana dia telah menjaganya dengan baik selama ini.

Chen berbuat demikian supaya pengasuhnya dapat membeli tanah dan membina perniagaan apabila dia pulang ke Indonesia. Dalam pada itu, Chen juga pernah memberikan sejumlah perhiasan emas bernilai 1.2 juta TWD (RM180,000) kepada Yule. 

 

Sumber: trendinggiler

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*