
Sejak malam tadi, beberapa perkongsian di laman sosial keadaan mangsa-mangsa yang terperangkap disebabkan banjir telah tular di media sosial
Pelbagai lapis usia terkandas dalam suasana yang sangat berbahaya kerana air naik mendadak sehingga terpaksa duduk di atas bumbung untuk menyelamatkan diri.
Petang tadi disesetengah tempat air mula surut. ada beberapa orang awam nampak satu mayat terdampar dipercayai mati lemas akibat banjir kilat di Selangor dan Kuala lumpur
Shah Alam: Mayat seorang lelaki yang dipercayai lemas ditemukan di jalan utama ke sebuah pangsapuri di Seksyen 22 dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, mayat lelaki tempatan yang berusia dalam lingkungan 30- an itu ditemui orang awam kira-kira 7.50 malam.
“Mangsa adalah penghuni sebuah pangsapuri berdekatan kawasan berkenaan. Kes diklasifikasikan sebagai m4ti mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, satu video berdurasi 14 saat tular di aplikasi media sosial menunjukkan terdapat satu myat di atas jalan. Difahamkan myat berkenaan dijumpai selepas paras air banjir di kawasan itu mula menurun sejak petang tadi.
Kawasan berkenaan adalah antara yang terjejas serta dinaiki air sejak petang semalam susulan banjir kilat yang berlaku di beberapa daerah di Selangor. Lokasi yang di jumpai ialah berhadapan Alam Idaman, Seksyen 22/3 Batu 3 Shah Alam.
Orang awam Bantu Untuk bawak keluar. Orang awam sudah mula berkumpul
Sampai sekarang mayat masih tak dapat dikenal pasti indentiti. Pada orang awam yang hilang ahli keluarga boleh menghubungi pihak berkuasa
VIDEO
1,600 panggilan berkaitan banjir di Selangor
PETALING JAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) setakat ini menerima 1,600 panggilan kecemasan melibatkan bencana banjir di Selangor dalam tempoh 24 jam sejak semalam.
Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, cabaran utama pihaknya adalah untuk memberi respons cepat.
“Daripada 1,800 panggilan kecemasan dalam tempoh 24 jam ini, sebanyak 1,600 melibatkan kejadian banjir di Selangor.
“Bagaimanapun, halangan utama adalah bagaimana untuk masuk ke kawasan terjejas dengan jalan yang ditutup malah ada kereta yang terperangkap di jalan.
“Kita mohon mangsa untuk bersabar dan kita akan cuba masuk untuk membantu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Dalam pada itu, Nor Hisham berkata, pihaknya bersedia menggerakkan lima helikopter dengan kekuatan 40 anggota bagi melaksanakan operasi membantu mangsa di beberapa negeri yang terjejas akibat banjir.
Menurutnya, seramai 40 anggota dan pegawai dikerahkan untuk melaksanakan operasi membantu mangsa banjir menggunakan helikopter.
Jelas beliau, dua lokasi tumpuan pasukan setakat ini ialah di Hulu Langat, Selangor dan Bentong, Pahang.
“Anggota diarahkan untuk mengenal pasti lokasi dan keadaan cuaca cerah sebelum melaksanakan operasi itu, bagi mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini berlaku terutamanya apabila keadaan hujan.
Hampir 4,000 penduduk di sekitar Selangor terkesan bencana banjir susulan hujan berpanjangan sejak kelmarin.
Mereka kini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara malah ribuan pengguna jalan raya terkandas akibat laluan dan lebuh raya ditutup selepas dinaiki air.
Sumber: limauasamboi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply