Mngsa yg terselamat akhirnya dedah apa yang dia buat sebelum kereta wira yang dinaiki sembilan beranak dir3mpuh traler

KERETA yang dinaiki sembilan beranak, lapan daripadanya yang men1ngg4l dunia akibat dirempuh traler dikatakan m4t1 dan sedang cuba dihidupkan oleh pemandunya.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sekyen 24 (2), Mohd Syariffuddin Rahmat berkata, salah seorang m4ngsa m4ut dalam kemal4ngan membabitkan empat kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat USJ Lebuh Raya Elite menghala Shah Alam pada Jumaat, merupakan pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sekyen 24 (2), iaitu Razatul Aliah Abdul Razak.

Katanya, kemal4ngan tr4gis mer4gut 10 ny4wa termasuk lapan adik-beradik itu diketahui melalui ibu saudara m4ngsa yang merupakan salah seorang staf di pejabatnya.

“Ibu saudara m4ngsa memohon cuti kecem4san kerana ada urusan kem4t1an sebelum menjelaskan kejadian tersebut.

“Turut m4ut dalam kejadian itu adalah ibu m4ngsa, tujuh beradik m4ngsa serta seorang lagi orang awam yang berada di lokasi kejadian, ” katanya.

Katanya, keluarga tersebut dipercayai sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Padang Jawa, di Shah Alam, Selangor dari kampung mereka di Melaka.

“Kereta Proton Wira dipandu bapa m4ngsa mengalami masalah bateri rosak menyebabkan mereka tersadai di lorong kecem4san lokasi kejadian.

“Disebabkan keadaan hujan, hanya bapa m4ngsa yang keluar daripada kereta untuk memohon bantuan. Beberapa kereta berhenti untuk menghulurkan bantuan ‘jumper’ bateri dan ketika itulah sebuah lori merempuh kenderaan m4ngsa,” kongsinya.

Katanya, bapa m4ngsa yang berada di luar kenderaan terselamat dalam insiden tersebut.

Ujarnya, beliau mengenali keluarga m4ngsa yang merupakan salah seorang keluarga B40 yang tersenarai sebagai penerima tabung bantuan cov1d-19 sekolah tersebut.

“Ada beberapa kali keluarga ini menerima bantuan tersebut. Kami tahu kep4yahan keluarga ini dan apabila permohonan diterima kita tetap bantu. Mereka juga turut menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor,” katanya.

Beliau yang juga YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Seksyen 24 berkata, pada Khamis salah seorang guru yang berkhidmat di SK berkenaan turut terlibat kem4lang4n di Bentong yang mer4gut ny4wa dua anaknya sementara suaminya masih dalam unit rawatan rapi (ICU).

“Dua hari berturut-turut kami mendapat perkhabaran duka. Justeru, saya mewakili pihak sekolah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga m4ngsa dan berharap mereka diberikan ketabahan menghadapi ujian tersebut,” katanya

Ibu dan lapan beradik m4ut, hanya anak ketiga yang terselamat. Rupanya arwh ibu ada cakap sesuatu sebelum terjadi kemalang4n

Shah Alam: “Saya terlalu sayangkan ibu.” Hanya itu mampu diluahkan anak ketiga mangsa kemalangan maut membabitkan 10 kematian di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam, di sini, malam tadi.

Faiz, 14, yang tiada ketika kejadian tidak dapat menahan sebak selepas pemergian serentak ibu dan lapan adik-beradiknya dalam kemalangan itu.

“Saya ada berjumpa dengan emak kelmarin dan tak sangka itu kali terakhir menatapnya,” katanya yang terlalu sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Shah Alam, di sini, hari ini.

Nahas 10 maut dirempuh treler: Identiti dikenal pasti | Free Malaysia Today (FMT)

Dalam kejadian 11.45 malam tadi, ibu Faiz, Norul Naziah Buyong, 37, maut bersama lapan anaknya iaitu Muhamad Razarul Amin Abd Razak, 17; Razatul Aliah, 16; Puteri Hidayah, 12; Muhamad Aizat Syazwan, 10; Muhamad Rolkaizat Rezky, 9; Muhamad Hidayat Hakimie, 7; Puteri Nur Ain Syalwana, 3 dan Muhamad Raid Fathi, 10 bulan, selepas Proton Wira dinaiki keluarga itu terperosok di bawah sebuah treler.

Turut maut ialah seorang pemuda, Muhamad Rahimi Rolex, 27. Suami Norul Naziah, Abd Razak Majit, 50, terselamat dan tiga lagi mangsa lain hanya mengalami kecederaan.

Sementara itu, adik kepada Norul Naziah yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul berkata, seminggu sebelum meninggal dunia, kakak ada bertanyakan soalan pelik kepadanya.

“Dia tanya sama ada saya sedih atau tidak jika dia tiada. Tak sangka pertanyaan itu bayangan dia akan pergi buat selamanya,” katanya.

Menurutnya, Norul Naziah ada menghantar kiriman mesej dan audio di WhatsApp kepadanya jam 10.18 malam tadi memaklumkan kereta dinaikinya rosak selepas dimasuki air akibat banjir.

Katanya, kakaknya sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah daripada menghadiri kenduri kahwin di Melaka. Dia berkata, dia bagaimanapun tidak dapat datang ke lokasi dan kakaknya memaklumkan mahu mendapatkan bantuan dua rakan kepada anaknya.

“Saya katakan padanya (Norul Naziah) supaya hubungi saya jika ada apa-apa berlaku namun tidak lama selepas itu, saya terima panggilan daripada bomba mengatakan kakak terbabit dalam kemalangan serta meninggal dunia di tempat kejadian.

“Tersentak saya ketika itu apabila diberitahu lapan anak saudara saya turut meninggal dunia dan hanya abang ipar saja terselamat,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Shah Alam, di sini, hari ini.

Nurul berkata, dia tiba di tempat kejadian jam 12.46 malam tadi dan tidak sanggup melihat keadaan kakaknya sebaliknya terus bergegas ke Unit Forensik Hospital Shah Alam.

Menurut Nurul, hubungannya dengan Norul Naziah agak akrab jadi berasa sedih yang teramat dengan pemergian kakaknya.

“Saya baru kehilangan adik yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada Julai lalu dan kini, kakak dan anak saudara pula meninggal dunia.

“Sedih sangat kerana tahun ini saja, 10 ahli keluarga saya meninggal dunia.

“Banyak petanda yang saya nampak sebelum pemergian kakak antaranya arwah pernah menyatakan mahu ‘ikut’ adik yang meninggal dunia akibat Covid-19 tetapi saya tidak fikirkan ia akan jadi kenyataan,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 12.03 tengah malam dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, kemalangan membabitkan dua Proton Wira, Perodua Axia dan treler.

“Anggota bertugas bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan alatan khas dan dibantu kren untuk mengangkat lori treler. Mangsa berjaya dikeluarkan serta diserahkan kepada polis.

“Kira-kira 17 individu mangsa terbabit dengan seorang wanita, lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan yang menaiki sebuah kereta meninggal dunia dalam kejadian itu. Turut maut seorang lelaki dewasa dalam sebuah kereta lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

SUMBER

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*