Ibu dan lapan anak k3bumi esok, namun bukan dalam satu liang lahad. Rupanya ini yang terjadi

Shah Alam: Jenazah sembilan sekeluarga yang terkorban dalam kemalangan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam, tengah malam tadi, akan dikebumikan esok.

Adik kepada Allahyarham Norul Naziah Buyong, Nurul Atika, 33, berkata, urusan pengebumian semua jenazah dijangka dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini.

“Lima daripada mereka termasuk Norul Naziah, 37, dijangka dikebumikan dalam satu liang lahad.

“Sementara, empat lagi termasuk bayi berusia 10 bulan akan dikebumikan secara berasingan apabila didapati positif Covid-19 selepas ujian saringan dilakukan pihak hospital,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Shah Alam, hari ini.

AHLI Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (tengah duduk) menziarahi keluarga mangsa kemalangan di Unit Forensik, Hospital Shah Alam, hari ini. FOTO Amirul Aiman Hamsuddin
AHLI Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (tengah duduk) menziarahi keluarga mangsa kemalangan di Unit Forensik, Hospital Shah Alam, hari ini. FOTO Amirul Aiman Hamsuddin

Katanya, jenazah akan disolatkan di sebuah surau di Seksyen 17 dan ahli keluarga akan menguruskannya secepat mungkin yang dijangka sebelum Zuhur.

Sementara itu, jenazah seorang lagi mangsa kemalangan, Mohamad Rahimi Rolex, 27, dijangka dikebumikan di tanah perkuburan sama, malam ini.

Difahamkan, hasil saringan ke atas jenazah Allahyarham mendapati negatif Covid-19.

Terdahulu, media melaporkan Norul Naziah dan lapan anaknya iaitu Razarul Amin Abd Razak, 17; Razatul Aliah, 16; Puteri Hidayah Abd Razak, 12; Muhamad Aizat Syazwan, 10; Muhamad Rolkaizat Rezky, 9; Muhamad Hidayat Hakimie, 7; Puteri Nur Ain Syalwana, 3; dan Muhammad Raid Fathi yang berusia 10 bulan.

Kejadian berlaku ketika keluarga itu bersama suami dan bapa, Abdul Razak Majit, 50, dalam perjalanan pulang ke rumah di Padang Jawa, Klang selepas menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.

Bagaimanapun, anak lelaki mangsa yang berusia 14 tahun terselamat kerana tidak mengikuti keluarga berkenaan.

 

SUMBER

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*