
PETALING JAYA – Kelibat seorang lelaki dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikatakan mirip ‘Long Tiger’ iaitu tertuduh etnik Rohingya yang melarikan diri ketika hadir pada prosiding di sebuah mahkamah di Johor kelmarin.
Menerusi rakaman tular di aplikasi TikTok, seorang pemuda memakai baju berwarna putih berkepala botak lari di sebuah lorong belakang beberapa buah premis.
Turut kelihatan tangan lelaki itu yang dibaluti sehelai kain putih, walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan lokasi dan sebenar kejadian tersebut dirakam.
Tangkap layar CCTV yang memaparkan kelibat seorang lelaki mirip ‘Long Tiger’ selepas lolos dari mahkamah di Johor kelmarin.
Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna laman sosial meninggalkan pelbagai komen dan reaksi.
“Pelanduk dua serupa je kot,” tulis aamie.jr. Turut meninggalkan komen seorang lagi pengguna dikenali sebagai ariff_219. “Macam manalah dia boleh lepas ni,”ujarnya.
Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang lelaki berketurunan Rohingya bergelar Long Tiger kini diburu polis selepas berjaya melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd. Fadhil Minhat berkata, suspek bernama Abdul Hamim Ab. Hamid, 32, itu berjaya meloloskan diri melalui pintu utama mahkamah pada pukul 11.55 pagi sebelum perbicaraannya bermula.
IPD berhampiran termasuk negeri jiran bantu buru Long Tiger
Operasi memburu lelaki berketurunan Rohingya yang dikenali sebagai ‘Long Tiger’, giat dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak dengan bantuan IPD berhampiran termasuk negeri jiran.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat berkata, bantuan itu membabitkan pegawai dan anggota polis dari IPD Muar, Segamat dan Jasin, Melaka. Malah jelasnya, pihaknya turut melaksanakan Ops Tutup di laluan keluar dan masuk ke daerah itu bagi menjejaki suspek yang lolos dari lokap Mahkamah Majistret, di sini semalam.
Kita telah mengadakan sekatan jalan raya (SJR) di sekitar daerah ini serta turut menggunakan khidmat anjing pengesan dalam usaha mengesan suspek.
“Operasi memburu suspek masih berjalan sejak semalam sehingga kini, polis masih belum mendapat sebarang petunjuk berhubung lokasi sebenar tahanan itu,” katanya ketika dihubungi di sini.
Semalam, ‘Long Tiger’ atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32 tahun berjaya melarikan diri ketika menunggu proses perbicaraan di Mahkamah Majistret Tangkak terhadap Seksyen 388 Kanun Keseksaan yang dihadapinya.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.55 pagi itu, suspek dikesan lolos menggunakan pintu hadapan kompleks mahkamah berkenaan dalam keadaan tangan bergari.
Semasa kejadian, beberapa kakitangan mahkamah cuba mengejar, namun jarak antara mereka terlalu jauh dan kemudian suspek terus melarikan diri ke kawasan semak berdekatan sebelum menghilang.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi pegawai penyiasat IPD Tangkak di talian 06-9781222 sambungan 7465 atau menghubungi balai berhampiran. Kes disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseks4an.
Sumber: kosmo
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply