Baru jer sampai di London, sekali termakan sandwich b4bi. Ada yang tanya sedap ke makan, ini jawapan Noreen

Ketibaan selebriti media sosial dan pelakon, Norreen Iman ke London, United Kingdom disambut dengan insiden yang tidak diingini apabila wanita itu dengan secara tidak sengaja menjamah sandwich yang mengandungi ‘pork belly’ atau perut ba.bi.

Menerusi hantaran-hantaran yang dikongsikan menerusi Instagram Story, Norreen memberitahu yang dia membeli sandwich berkenaan kerana tidak tahu kandungan sandwich berkenaan ada unsur tidak halal.

“Aku beli ni nampak kat situ tulis ham ke apa. Hari pertama saya berada di UK saya termakan ba.bi. Pengajarannya sebelum makan kita tanya orang dulu dan baca di belakang,” katanya.

Kelihatan turut sama mengikuti Norreen ke London pelakon Janna Nick dan penyanyi Andi Bernadee.

Dalam pada itu, Norreen turut menyelar beberapa individu yang bertanya di ruangan DM di Instagram bagaimana rasa apabila termakan daging haiwan tersebut.

“Semalam termakan ba.bi. Hari ni aku rasa macam nak samak lidah aku berkali-kali tahu tak.

Malam tadi dah berus gigi beriya, hari ni kena buat benda yang sama ni. Korang boleh lagi tanya, macam eh rasa ba.bi tu sedap tak? Hello, aku bukannya nak makan sangat pun ba.bi tu. Aku rasa macam sakit hati.

“Duk semua DM, tapikan alang-alang dah termakan tu nak tahu jugak sedap tak rasa dia. Aku sepak muka kau nanti sampai muka kau jadi ba.bi tau.

“Boleh pulak semalam tersangkut-sangkut kat gigi aku. Aku macam nak jumpa doktor gigi terus bersihkan gigi aku yang penuh dengan BLT, ba.bi lemak tepi. Inilah caranya mungkin nak samak sekiranya kau termakan ba.bi di London,” katanya.

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NORREEN IMAN (@norreen143)

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikutnya menasihati Norreen supaya lebih berhati-hati dalam memilih makanan yang halal ketika berada di sana.

Ada juga yang memberi cadangan supaya membeli makanan di kedai arab.

 

Sumber : gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*