
USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang didakwa menghantar pembantu peribadinya bagi membida aset di kediaman Nur Sajat terkejut apabila namanya dikaitkan dengan pembida yang menghilangkan diri itu.
Dalam hal ini, Aliff, 36, berkata dia enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu itu dan tidak kisah jika netizen terus membuat spekulasi.
“Saya tak nak komen isu ini. Saya tak mahu keluarkan apa-apa kenyataan kerana menghormati semua orang.
“Biarlah orang bercakap tapi benda ni tak ada kesahihan… mungkin ada orang lain nak beli dan dia ada duit, sesiapa pun ada hak kan?” katanya ketika dihubungi mStar.
Pada petang Selasa, lelaki yang membuat bidaan tertinggi iaitu RM132,000 menghilangkan diri serta gagal dihubungi peguam yang menguruskan sesi lelongan di kediaman Nur Sajat yang terletak di Kota Damansara, Selangor.
Lelaki bernama Mohammad Syazwan Ahmad Fiesol tidak munculkan diri selepas memberi alasan keluar untuk membuat bank draf sebaik sahaja sesi bidaan dilakukan tamat.
Peguam mempercayai individu tersebut mempunyai kaitan dengan Aliff Syukri berdasarkan foto profil aplikasi WhatsApp yang digunakan lelaki berkenaan.
Ya, saya sebagai kawan dia tapi saya tak nak masuk campur apa-apa kontroversi, saya nak bertenang!
Hasil semakan juga mendapati individu yang dimaksudkan sering muncul dalam Instagram milik Aliff.
Sementara itu, Aliff berkata dia enggan lagi terpalit dengan sebarang kontroversi membabitkan Sajat kerana menyentuh sensitiviti banyak pihak.
Justeru itu, dia lebih selesa mendiamkan diri dan mahu hidup dalam ketenangan tanpa sebarang isu panas.
“Hal ini sensitif, saya tak nak terlibat. Saya pun dah tua, saya tak nak kontroversi dah, saya pun dah nak m4ti dah ni.
“Saya no komenlah! Ya, saya sebagai kawan dia tapi saya tak nak masuk campur apa-apa kontroversi, saya nak bertenang,” ujarnya.
Terdahulu, Mohammad Syazwan berjaya membida kesemua 39 barang milik usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat di Kota Damansara.
Proses lelongan ini dibuat bagi menuntut pampasan RM200,000 yang gagal dibayar kepada Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32, daripada OWA Resources Sdn. Bhd selaku bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik Sajat.
Bidaan dibuat sebanyak enam kali membabitkan lapan pembida sebelum ia berkurang kepada tiga. Proses bidaan bermula kira-kira pukul 10.30 pagi Selasa.
Pembida perlu menyediakan wang tunai RM5,000 sebelum dibenarkan masuk ke kawasan rumah banglo dua tingkat di No 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara itu.
Untuk rekod kesemua 39 barangan yang dilelong perlu dibida secara pukal bermula dengan harga RM75,000.
Antara barangan yang dilelong adalah set pinggan mangkuk, set bilik tidur, piano, almari antik, sofa, jam berdiri, kipas angin, peti sejuk, televisyen, lukisan, pasu bunga pelbagai saiz dan chandelier.
“Go Sajat Go! Kau Memang Tak Akan Gagal!” – Aliff Syukri Harap Sajat Kuat Tempuh Dugaan
Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri berharap agar sahabatnya Muhammad Sajjad Kamaruz zaman atau Nur Sajat tabah menempuh dugaan.
Kata-kata semangat daripada Aliff Syukri itu dimuat naik semula oleh Nur Sajat di ruangan Insta Story, Instagramnya awal pagi tadi.
Hantaran berbentuk video itu memaparkan Aliff Syukri melewati banglo milik Nur Sajat yang terletak di Kota Damansara.
“Hari-hari lalu sini Jat, tengok rumah kau. Tengok rumah kau, teringat dengan kau. Pagi-pagi kau bersiap, make-up…Kau punya P.A muncul.
“Apa pun, selamat bagi untuk kau. Bangun dengan penuh semangat, hari ini adalah permulaan. Setiap kepahitan itu aka nada penghujung kemanisannya.
“You just follow kau punya flow, aku tahu rezeki kau ada kat mana-mana. Mana kau pergi anggap dugaan yang kau hadapi ini adalah satu dugaan untuk kau lebih matang lagi.
“Kuatkan semangat, go Sajat go! Kau memang tak akan gagal,” kata Aliff.
Sementara itu Nur Sajat, mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya itu kerana tidak jemu memberikan kata-kata semangat buat dirinya.
“Terima kasih Datuk, selalu bagi saya semangat untuk teruskan hidup. Semangat! Semangat! Thank you sahabat,” tulisnya.
Terdahulu, media melaporkan aset milik Nur Sajat yang disita dua minggu lepas dilelong hari ini, pada pukul 10.30 pagi.
Menurut perisytiharan jualan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Disember lepas, lelongan awam dijalankan di rumah Muhammad Sajjad yang beralamat di Premis No. 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Lelongan aset tersebut merupakan cara penyelesaian bagi menebus pampasan yang perlu dibayar Sajjad kepada bekas stokis berjumlah RM200,000.
Sumber: trendingsangat.pw
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply