Pohon doa orang ramai, isteri Syahmi Sazli dikejarkan ke h0spital

Petaling Jaya – Pengarah dan Youtuber popular, Syahmi Sazli memaklumkan isterinya, Anissa Faizul kini sedang menerima r.awatan di KPJ Penang Specialist H.ospital selepas doktor mendapati ada j.angkitan k.uman pada air k.encingnya.

Khabar tersebut dikongsikan sendiri oleh Syahmi menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Menurut Syahmi, dia mendapat tahu mengenai perkara tersebut ketika sedang menjalani sesi pengambaran filem terbarunya yang berjudul 35mm.

“Mi tengah shoot filem 35mm tadi dapat berita dari doktor yang Nissa kena masuk air dan ada j.angkitan k.uman dalam air k.encing.

“Get well soon, my wife. Doakan Nissa ye,” tulisnya.

Katanya lagi, isterinya itu terpaksa dimasukkan air dan harus berehat buat sementara waktu di h.ospital.

Dikesempatan itu juga, bapa kepada seorang cahaya mata ini turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesihatan isterinya agar segera sembuh seperti sedia kala.

Menerusi ruangan komen, rata-rata orang ramai turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga isteri Syahmi akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Reaksi Orang Ramai

Get well soon Nissa. Kena minum air masak banyak-banyak.

MasyaAllah, semoga Allah SWT memberi kekuatan dan kesembuhan serta kembali sihat buat Nissa.

Syafakallah Nissa. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

Sekadar info, syahmi dilahirkan di Kampung Gertak Kechupu, Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan pelajar Kejuruteraan Elektrik di Universiti Teknologi MAA kampus Shah Alam, Selangor, namun tidak memperolehi ijazah kerana beliau mem.utuskan untuk berhenti belajar.

Syahmi dan Nissa telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Ainul Mardhiah.

Sementara itu, baru-baru ini, menerusi perkongsian di laman Instagram, Nissa memaklumkan dia kini sedang hamil anak ke-2.

 

Sumber: MH | IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*