
PASIR SALAK – Teguran agar tidak menonton video luc4h menjadi punca kejadian buIi membabitkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, minggu lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, teguran itu dibuat oleh mngsa berusia 13 tahun terhadap salah seorang susp3k menyebabkan pelajar berkenaan tidak berpuas hati dan m4rah.
“Kita dah temu bual mngsa dan kita dapati punca pergaduh4n atau mengapa dia dibuli itu adalah kerana dia telah menasihati salah seorang suspek supaya jangan menonton vidoe luc4h di telefon (bimbit).
“Mngsa juga mengatakan akan mengadu kepada guru atau warden sekiranya suspek tidak berhenti menonton video luc4h itu.
“Daripada siasatan, dikatakan inilah antara punca mengapa mereka bertindak memukuI dan membuIi mngsa,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Perjumpaan Ketua Polis Perak bersama Ketua Agensi Polis Bantuan Kontinjen Perak Tahun 2021 di Dewan Agro Aman Jaya, Kompleks Perumahan Kakitangan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) Tanjung Tualang di sini pada Selasa.
Menurut Mior Faridalathrash, pergaduh4n itu pada awalnya hanya melibatkan mngsa dan seorang suspek, namun seorang pelajar Tingkatan Tiga telah bertindak menyuruh rakan-rakan lain menyer4ng mangsa.
“Pelajar berusia 15 tahun ini juga antara salah seorang yang ditangkap dan dia dikatakan telah mengarahkan enam pelajar lagi untuk memukul dan menendang mangsa,” katanya.
Terdahulu..
Lepas enam pelajar kantoi kes buIi, akhirnya pihak MRSM akhirnya ambil tindakan tegas ini
PADANG TERAP: Enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang dikenal pasti terbabit dalam kes buli seperti rakaman video tular di media sosial semalam digantung persekolahan serta merta selama dua minggu.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) turut mencadangkan pelajar terbabit ditamatkan pengajian mereka di institusi itu.
“Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) MRSM telah pun memanggil 10 pelajar yang terbabit dengan insiden berkenaan.
“Dalam laporan yang disediakan, enam pelajar terbabit memukul mangsa buli berkenaan, manakala empat pelajar yang berada di lokasi kejadian didapati bersubahat dan membuat provokasi, pelajar-pelajar ini berada di Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Padang Terap, Naka di sini hari ini.
Yang turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Ghazali Ibrahim.
Mahdzir, berkata MARA mengambil serius kejadian buli membabitkan pelajar di institusi pendidikan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan tindakan sewajarnya akan diambil.
Ditanya mengenai siasatan pihak polis terhadap kes berkenaan, Mahdzir berkata, pihaknya tidak mencampuri urusan siasatan dan menyerahkan kepada pihak polis.
Jelas beliau, MARA mengambil tindakan penggantungan itu berdasarkan siasatan dalaman dan mengikut peruntukan hukuman yang telah ditetapkan JDM dan kes akan dibawa kepada Jawatankuasa Disiplin Rayuan Maktab.
“Malang bagi MRSM yang mempunyai pelajar-pelajar yang pandai, dipanggil temu duga sebagai saringan, kualiti pendidikan, ko-kurikulum dan jati diri mereka diambil kira untuk kemasukan ke MRSM.
“Tetapi masih juga berlaku lagi kejadian seumpama itu, jadi saya rasa amat kecewa kerana mereka tidak sepatutnya terdedah dengan perbuatan itu,” katanya.
Sementara itu, Mahdzir memberitahu kejadian buli itu tidak akan mengganggu proses pengambilan pelajar MRSM pada tahun depan.
Katanya, sesi temu duga bagi pengambilan MRSM akan diteruskan seperti biasa termasuk menggunakan prosedur sedia ada.
“Kes ini adalah kes terpencil dan ia sekali sekala berlaku… ini emosi anak muda, kalau kita baca laporan penuh itu, ia lebih kepada kemarahan, kalau kau lapor benda (perkara) ini aku akan buat kau… lebih kurang macam itulah.
“Tak tahulah sekiranya ada peluang kedua dalam hidup dia (mereka), budak-budak lagi… kita akan laksanakan cadangan itu bermakna dia pergi sekolah lain,” katanya.
Mahdzir dalam pada itu, turut menasihatkan pelajar di bawah institusi pendidikan KPLB supaya membuat laporan kepada pengetua atau guru, tenaga pengajar serta kaunselor sekiranya berlaku kejadian seumpama itu.
Terdahulu media melaporkan polis menahan enam suspek kes buli didakwa berlaku di MRSM Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, seperti yang tular di media sosial semalam.
Tindakan beberapa remaja yang dipercayai pelajar asrama menumbuk dan menendang seorang pelajar lain secara beramai-ramai tular di media sosial menerusi beberapa video berdurasi 13 hingga 30 saat.
Sumber: BH online
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply