Bomba datang untuk bakar sarang tebuan, sekali pakcik ini halang. Alasan yang diberi pakcik buat penduduk dan anggota bomba pening

Tindakan seorang lelaki tidak membenarkan anggota bomba membakar sarang tebuan di Kampung Penanti, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang mengundang kemarahan penduduk setempat.

Video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial @heartless0911 menunjukkan seorang lelaki bertengkar dengan anggota bomba kerana tidak mahu sarang tebuannya disentuh.

“Kalau tebuan jatuh atas kepala mak saya atau anak-anak, siapa nak bertanggungjawab? Saya buat aduan untuk keselamatan orang lain,” jelasnya

 


Dalam pada itu, anggota bomba turut menasihati lelaki tersebut kerana tindakannya menghalang sarang tebuan dibuang mendatangkan bahaya kepada orang lain.

“Perkara ini boleh dicegah sebelum benda buruk berlaku, lebih baik sediakan payung sebelum hujan,” nasihat bomba.

Tangkap layar video menunjukkan seorang lelaki yang enggan memberi kerjasama kepada anggota bomba.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai turut meluahkan rasa marah terhadap tindakan tersebut yang dianggap mementingkan diri.

“Jika sesuatu itu boleh mendatangkan mudarat kepada umum, wajib dicegah,” tulis Hasan.

VIDEO:

 


 

Sumber : K! Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*