
LELONGAN aset usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat yang dilakukan pada Selasa gagal selepas lelaki yang membuat bidaan tertinggi iaitu RM132,000 menghilangkan diri.
Peguam Nurul Hafidzah Hassan memberitahu mStar, lelaki bernama Mohammad Syazwan Ahmad Fiesol tidak munculkan diri selepas memberi alasan keluar untuk membuat bank draf sebaik sahaja sesi bidaan dilakukan tamat.
Oleh yang demikian, Nurul Hafidzah berkata, lelongan akan dilakukan sekali lagi pada minggu hadapan.
“Pembida itu kata wang tunai dia di rumah, jadi kami kata bagi sahaja bank draf dahulu tapi sampai sekarang dia tak muncul.
“Padahal bank draf kejap saja, kita syak pembida ini orang rapat kepada seorang lagi usahawan terkenal.
“Jadi bidaan gagal dan sesi lelongan akan dibuka semula minggu depan,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Nurul Hafidzah berkata, lelaki berkenaan juga tidak menandatangani apa-apa kontrak yang sepatutnya. Dia juga menjangkakan lelaki itu dihantar oleh individu lain yang berniat menangguhkan lelongan.
NETIZEN SIASAT SIAPA SEBENARNYA Mohd Syazwan
Seperti biasa netizen akan mulakan siasatan untuk mencari siapakah lelaki tersebut. Berdasarkan maklumat yang telah diberikan oleh peguam bidaan tersebut memang tak sangka rupanya.
Nama Mohammad Syazwan Ahmad Fiesol dikaitkan dengan Dato Aliff Syukri kerana dia adalah pembantu peribadi kepada Dato.
Adakah ini satu kebetulan atau betul PA Dato Aliff sengaja menggangu proses bidaan tersebut? Netizen mula tanya soalan bertubi tubi di akaun media sosial syazwan fiesol dan tiada apa apa respond.
Tetapi baru sebentar tadi kelihatan lelaki yang dikatakan menang bidaan, Syazwan Fiesol bersama sama Dato Aliff Syukri di KLIA untuk pergi bercuti ke luar negara bersama keluarga.
Antara komen komen netizen kepada Syazwan
Setakat ini tiada apa apa respon.
Terdahulu, pagi Selasa seorang lelaki bernama Mohd Syazwan berjaya membida kesemua 39 barang milik usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat di Kota Damansara.
Proses lelongan ini dibuat bagi menuntut pampasan RM200,000 yang gagal dibayar kepada Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32, daripada OWA Resources Sdn. Bhd selaku bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik Sajat.
Sementara itu menurut peguam Zeti Zulkifli yang ditemui mStar, bidaan dibuat sebanyak enam kali membabitkan lapan pembida sebelum ia berkurang kepada tiga.
Proses bidaan bermula kira-kira pukul 10.30 pagi Selasa.
Pembida perlu menyediakan wang tunai RM5,000 sebelum dibenarkan masuk ke kawasan rumah banglo dua tingkat di No 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara itu.
Untuk rekod kesemua 39 barangan yang dilelong perlu dibida secara pukal bermula dengan harga RM75,000.
Antara barangan yang dilelong adalah set pinggan mangkuk, set bilik tidur, piano, almari antik, sofa, jam berdiri, kipas angin, peti sejuk, televisyen, lukisan, pasu bunga pelbagai saiz dan chandelier.
Sumber: ASNsohor
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply