Iqbal pernah bersuara mahu dekati Rossa, sekali Rossa tampil dengan respon yang pasti buat ramai terkejut

iapa lelaki itu yang mahu kenal lebih dekat dengan saya?” Demikian reaksi spontan penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa, 43, ketika ditanya komennya terhadap hasrat usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkifli, 27, yang ingin cuba mendekatinya.

Rossa yang ditemui ketika sidang media secara virtual single terbaharu berjudul Terlalu Berharap berkata dia tidak mengenali Iqbal dan berfikir-fikir apakah mereka pernah berjumpa sebelum ini.

Apabila dimaklumkan Iqbal ada berjumpanya ketika hadir di tayangan perdana filem Love Knots di Jakarta, baru-baru ini, Rossa mengakui dia memang ada bertemu seseorang dari Malaysia yang minta bergambar dengannya.

“Maaf, saya tidak kenal siapa dia. Tetapi, pada hari itu (ketika hadir di acara tayangan perdana filem) memang ada seseorang yang bertemu saya dan perkenalkan dirinya dari Malaysia untuk minta bergambar sama.

“Saya okey saja jika peminat minta bergambar dan sesudah itu terus berlalu. Kami tak bercakap apa-apa pun, kerana saya fikirkan dia hanya peminat,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani berkata dia tiada masalah sekiranya ada individu yang berminat ingin berkenalan dengannya.

“Kalau sekadar mahu kenalan tidak apa-apa. Saya okey saja kerana boleh bersahabat seperti rakan-rakan yang lain juga,” katanya.

Rossa yang sudah 12 tahun menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal berkata dia kini selesa dengan hidup solo dan hubungan cinta bukan keutamaan baginya.

“Soal jodoh, saya lebih selesa serahkan kepada Allah kerana Dia Maha Tahu. Lagi pula, saya yakin jika ada jodoh buat saya suatu hari nanti, pasti tiba masanya.

“Saya tidak menutup hati untuk menerima cinta, tetapi sekarang saya memang masih sendiri dan tidak berkawan rapat dengan sesiapa pun,” katanya.

Rossa yang sangat merindui Malaysia berkata sudah lebih dua tahun tidak berkunjung ke negara ini dia terlalu rindu untuk bertemu rakan-rakan, peminat dan menikmati kulinari enak seperti nasi kandar, roti canai dan teh tarik.

Terdahulu, Rossa yang popular dengan lagu Pudar dan Ayat-Ayat Cinta pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain dram kumpulan Padi, Yoyo pada 2004. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rizky Langit Ramadhan, 15.

 

Sumber: HM online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*