Netizen pertahan ‘tindakan dera’ pengawal usir biawak gaya ‘helikopter’

BIAWAK merupakan salah seekor binatang reptilia yang sering kali ternampak berada di kawasan penempatan orang ramai oleh kerana habitat asalnya telah diterokai oleh manusia.

Pada hari minggu baru-baru ini, tular satu video menunjukkan seorang pengawal keselamatan cuba mengeluarkan seekor biawak yang memasuki kawasan premis awam sambil menghayunkan binatang itu dalam “pusingan helikopter”. Video diakhir artikel ini.

Ciapan asal @DailyExpress_MY menanyakan kepada orang ramai adakah perbuatan pengawal keselamatan itu termasuk dalam kategori sebagai ‘penderaan haiwan’.

Rata-rata orang ramai pertahankan tindakan pengawal keselamatan tersebut kerana apa yang dia buat itu adalah betul untuk mengelakkan dirinya daripada digigit oleh biawak terbabit.

Apabila seseorang menghayunkan biawak dalam ‘pusingan helikoper’, ia dapat menyukarkan biawak untuk menggigit apa-apa sahaja yang berhampiran dengannya.

Menurut laman web Taman Negara Singapura, bahagian mulut biawak mempunyai bakteria yang mampu menyebabkan kawasan gigitan membengkak dengan cepat, penurunan tekanan darah dan pembekuan darah.

Tambah orang ramai lagi, tindakan pengawal keselamatan tersebut telah menyelamatkan keadaan serta semua pihak daripada menjadi lebih teruk lagi andaikata dia tidak mengendalikan biawak terbabit dengan cara begitu.

Untuk maklum semua, biawak merupakan seekor binatang yang ‘pemalu’ dan sentiasa mengelak daripada bertembung dengan manusia. Namun apabila ia berasa terancam dan terganggu, biawak akan menyerang untuk mempertahankan dirinya.

Reaksi warganet

VIDEO

 

Sumber: papan kekunci

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*