Terima ucapan dari Peminat, Nampak ‘baby bump’ Intan Ladyana “Semoga ibu dan bayi sihat”

PETALING JAYA – Aksi pelakon Intan Ladyana menari bersama suaminya yang juga pelakon, Harris Alif menerusi sebuah video mencri perhatian ramai apabila jelas kelihatan bentuk ‘baby bump’ pada perutnya.

Menerusi video yang dimuat naik dalam laman Instagram milik pelakon, Dazrin Kamaruddin itu, kelihatan Intan, Harris, Dazrin dan seorang lagi individu sedang menari sejenis tarian joget tradisional.

Difahamkan video tersebut dirakam ketika aktres berusia 39 tahun itu berkunjung ke kedai menjual karpet milik Dazrin di Shah Alam, Selangor.

“Terima kasih kerana datang @intanladyana, @harrisalif,” tulis Dazrin dalam ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, aksi malu-malu Intan ketika menari menarik perhatian netizen apabila memerhatikan bentuk perutnya yang kelihatan buncit seperti sedang hamil.

Meninjau dalam ruangan komen, beberapa pengguna Instagram telah meninggalkan komen teruja melihat ‘baby bump’ Intan.

“Comelnya ‘baby bump’ @intanladyana,” ujar seorang pengguna Instagram.

“Alhamdulillah nampak ‘baby bump’,” kata seorang lagi netizen.

Pada 7 September lalu, Kosmo! melaporkan bahawa pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew menitipkan doa buat anak dalam kandungan pelakon itu.

Pesanan tersebut diucapkan Ebit menerusi satu hantaran video yang dikongsi suami Intan iaitu Harris Alif dalam Instagramnya semalam.

“Ustaz ada doa tak untuk isteri saya?” tanya pemilik nama penuh Nor Harris Alif Nor Rashid, 22.

Menerusi pesanan Ebit, selain untuk pasangan itu, dia juga mendoakan kesejahteraan buat anak dalam kandungan Intan agar menjadi anak yang soleh dan solehah kelak.

 

Sumber : kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*