
Tular di laman Twltter akan tindakan seorang anggota beruniform didakwa telah memperlekehkan seorang lelaki yang sedang mencuci kereta Perodua Axia miliknya hingga mencetuskan rasa tak selesa dalam kalangan warganet.
Perkara tersebut telah dikongsikan oleh pengguna Twtter dikenali sebagai @afis_alias dengan memuat naik tangkap layar foto daripada group Facebook My Axia Owners Club ( MAXOC ) (UNOFFICIAL) yang memaparkan posting anggota berkenaan.
Malah, pengguna Twitter tersebut turut mempersoalkan etika dan adab anggota anggota beruniform di dipercayai di bawah Jabatan Penjara kerana berkongsi sesuatu yang tidak melambangkan imej yang dikenakan.
“Kadang-kadang aku tak faham yang kerja kerajaan ni. Bahasa diaorang. Hmm. Sedih tengok pakai baju punya smart. Tapi otak tak berapa,” tulisnya.
Mana tidaknya, kapsyen didakwa ditulis oleh anggota beruniform berkenaan ada membabitkan perkataan ‘banduan’ yang membuat warganet bengang.
“Banduan boleh basuh (kereta), buat apa basuh (kereta) sendiri” – Abang uniform.
Meskipun tidak dapat dipastikan ada kah tukang cuci tersebut seorang banduan atau bukan, namun warganet berpendapat kata-kata seolah-olah memandang rendah pada orang lain.
Dalam pada itu, rata-rata warga net turut mempersoalkan kredibiliti anggota berkenaan selain turut beranggapan anggota berkenaan terlalu ‘mendabik dada’.
Walau bagaimanapun, masih belum ada pen jelasan lanjut daripada anggota berkenaan berhubungan dakwaan yang terkait olehnya.
SUMBER: afis_alias via Redaksi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply