
P0lis mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan yang didakwa dianjurkan beberapa Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Masjid Al-Mvstaghfirin Sungai Tiram, di sini, esok, selepas solat Jumaat.
Ia susulan video tular berdurasi 1 minit 44 saat di laman sosial yang meminta orang ramai supaya hadir ke perhimpunan itu bagi mendesak Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) supaya membenarkan jemaah menunaikan solat dalam keadaan saf yang rapat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya Deputi Superintendan Jafri Md Zain berkata, ia selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara berkaitan aktiviti jemaah masjid semasa tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.
Pengumuman Pihak Masjid
Katanya, ahli jawatankuasa masjid dan Pejabat Agama Islam Barat Daya juga sudah mengesahkan tidak memberi sebarang kebenaran bagi penganjuran perhimpunan itu.
“Polis ingin maklumkan bahawa tiada sebarang kebenaran diberi kepada mana-mana individu atau NGO berkumpul kerana ia melanggar peraturan dalam tempoh PPN Fasa 4.
“Sehubungan itu orang ramai diingatkan supaya tidak menyertai perhimpunan itu kerana boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Tindakan boleh dikenakan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012; Akta Kawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) Peraturan Pencegahan Pengawalan Penyakit berjangkit (Pengkompaunan Kesalahan) (Pindaan) (No 11) 2021 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan.
Menerusi video berkenaan, seorang individu yang mendakwa mewakili NGO, meminta orang ramai supaya hadir ke perhimpunan itu mengikut SOP yang ditetapkan.
Sumber: HM online
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply