Selepas tular dua rakaman memp3rsendakan golongan OKU, akhirnya ini tindakan yang dilakukan senator Ras Adiba Radzi

PETALING JAYA – Selepas video lelaki berlakon menjadi orang cacat bagi meletakkan kenderaan di petak khas golongan orang kelainan upaya OKU, kini giliran beberapa orang wanita pula mempersendakan OKU.

Kelakuan wanita-wanita itu yang dirakam melalui video berdurasi sembilan saat turut tular di media sosial.

Melalui video tersebut, dua orang wanita berpakaian seperti penunggang basikal berlakon sebagai orang c.acat untuk menggunakan tandas OKU di sebuah stesen minyak.

Turut kedengaran suara perakam dan wanita terbabit bergelak ketawa dengan kelakuan tersebut.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna media sosial mengec4m tindakan wanita terbabit dan menyifatkan kelakuan itu memalukan.

“Beli basikal berbelas ribu, gadai otak rasanya mereka ini,” kata Pidoih.

“Spesis begini, mereka lupa bahawa bila-bila masa sahaja mereka boleh tergolong dalam golongan OKU. Tak kerana peny4kit, kemalangan. Memperlekehkan manusia, ambil hak golongan OKU. Kena pada diri sendiri atau ahli keluarga sendiri baru mereka tahu,” kata Abdul Tony.

“Eloklah tu perangai. Berseronok, kemudian sambung ride semula. Kalau tiba-tiba terlibat kem.alangan masa ride, alami kece.deraan kekal, benda yang dibahan jadi kenyataan. Nak tengok masih mampu gelak atau tidak,” kata Azazil.

Tindakan Diambil Dari Senator

Ahli Dewan Negara yang mewakili OKU Senator Datuk Ras Adiba Radzi membuat laporan polis berhubung dua video di media sosial yang menghin4 dan memp.ersenda golongan orang kurang upaya OKU.

Ras Adiba hadir pada 2 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, di sini, hari ini, dan mahu tindakan diambil terhadap golongan yang mengh.ina OKU itu.

Beliau berkata, meskipun sudah menerima dua permohonan maaf dan memaafkan kedua-dua individu terbabit, namun laporan polis perlu dibuat.

“Saya perlu jelaskan laporan polis ini dibuat supaya kita tidak boleh sewenang-wenangnya mempersendakan golongan OKU seperti kami ini tidak mempunyai harga diri.

“Kami adalah sebahagian daripada keluarga Malaysia jadi kami mempunyai hak menyuarakan apa yang kami rasai ketika ini,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Ras Adiba turut menasihatkan pempengaruh media sosial untuk tidak menjadikan golongan OKU sebagai bahan untuk dipers.endakan bagi menarik penonton di media sosial mereka.

Katanya, pempengaruh media sosial sepatutnya mencari kandungan yang bermanfaat dan lebih bersifat kemasyarakatan di media sosial, bukannya bahan yang mempers.endakan golongan tertentu.

“Ada banyak cara untuk mereka mencari bahan dan dijadikan kandungan di media sosial, boleh juga buat cerita mengenai kemasyarakatan.

“Jangan buat cerita yang boleh mengguris hati orang lain kerana jika satu hari kamu jadi begitu OKU mungkin kamu tahu bagaimana perasaan kami selama ini, buat bahan senang bercakap-cakap tetapi perlu guna otak,” katanya.

Semalam tular video menunjukkan aksi seorang daripada mereka berlakon sebagai OKU dengan berjalan dalam keadaan tidak sempurna di parkir pusat beli-belah.

 

Sumber: HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*