
Seorang daripada dua pemuda dalam video berlakon sebagai Orang Kelainan Upaya OKU tampil memberi penjelasan berhubung video kontroversi.
Video berdurasi 37 saat yang tular itu mendapat kecaman ramai selepas berpura-pura berlakon sebagai OKU semata-mata untuk meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang dikhaskan untuk OKU di sebuah pusat beli-belah.
Pemuda berkenaan, Noriswan Ishak berkata, seorang rakannya yang berlakon seperti orang c.acat di dalam video tersebut sebenarnya bukan pemegang kad OKU.
Sebaliknya, kata Iswan, rakan lelakinya yang berusia 26 tahun itu hanya mengalami sumbing lelangit dan masalah pertuturan.
“Kawan saya bukan OKU, dia cuma sumbing. Dia tak ada masalah tangan dan kaki macam dalam video. Semuanya sekadar lakonan. Saya yang rancang dan minta dia berlakon sebagai OKU,” katanya pemuda berusia 29 tahun itu ketika dihubungi.
Lebih dikenali sebagai Dak Ayam di media sosial, Iswan mendakwa pada asalnya video tersebut dibuat untuk menyampaikan teguran mengenai sikap segelintir masyarakat yang sering meminggirkan golongan OKU.
VIDEO
“Orang-orang OKU di mata segelintir masyarakat, kejap ada, kejap tak ada. Saya sendiri ada kenalan dan pengikut di laman sosial dalam kalangan OKU, dan mereka meluahkannya.
“Contohnya parking untuk OKU, ada masyarakat yang bukan OKU menyalahgunakan parking OKU. Ada yang selamba je guna parking OKU atau sanggup berlakon sebagai OKU.
“Video tu untuk beri mesej mewakili OKU. Kalau OKU bersuara, kadang-kadang orang kita akan memperlekehkan mereka. Sudut pandangan mereka seperti disisihkan,” katanya yang berasal dari Tampin, Negeri Sembilan.
Bapa kepada seorang anak itu bagaimanapun mengakui dirinya terlepas pandang untuk mengakhiri video tersebut dengan nasihat atau larangan kepada masyarakat.
“Saya akui ada sesuatu yang terlepas pandang kat hujung video. Patutnya saya nak beri amar4n bahawa perangai seperti lakonan di dalam video adalah tidak baik untuk dilakukan.
“Tapi saya terlepas pandang, mesej saya mungkin tak sampai sebab tak lengkap. Saya minta maaf sebab salah saya. Ia bukan disengajakan, sebab tempat letak kereta di dalam video itu pun bukanlah parking OKU tapi ia sebenarnya untuk orang awam.
“Saya minta maaf sekiranya t.indakan kami telah menyinggung perasaan komuniti OKU. Tapi realitinya dalam video tu berlaku dalam masyarakat kita,” ujarnya sambil menambah pernah membuat beberapa video di aplikasi TikTok bagi mewakili individu tertentu yang mempunyai kekurangan diri.
Iswan yang merupakan pekerja kilang itu turut menyedari pandangan yang dilontarkan oleh Ahli Dewan Negara Wakil OKU, Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang menyelar t.indakannya bersama rakan sebagai biadab.
“Jika diberi peluang, saya berhasrat untuk bertemu dengan Datuk Ras Adiba untuk membincangkan mengenai hasrat saya untuk ke depan bagi membantu golongan OKU.
“Niat saya untuk membantu OKU, seperti menggunakan platform aplikasi TikTok. Apa yang boleh lakukan di pihak saya, saya akan cuba bantu,” katanya.
Terdahulu, Ras Adiba yang juga Presiden Persatuan OKU Sentral menerusi satu video yang dikongsi di laman sosial beliau turut memberi amaran kedua-dua pemuda itu dengan mendesak supaya mereka membuat memohon maaf kepada komuniti OKU.
Sumber: mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply