
PETALING JAYA – Perkongsian sebuah video oleh seorang lelaki mengenai cara mudah untuk mendapatkan parking di sebuah pusat beli-belah dengan berlakon menjadi orang kurang upaya OKU mengundang kecam4n pengguna media sosial.
Melalui video berdurasi 38 saat yang dikongsi semula di laman Twitter itu memaparkan, lelaki tersebut memaklumkan dia pada awalnya sukar untuk mendapatkan tempat meletak kereta kerana pengunjung terlalu ramai.
Bagaimanapun katanya, rakannya yang turut menaiki kenderaan sama mencadangkannya untuk meletakkan kenderaan di petak khas untuk OKU dan salah seorang daripada mereka perlu berlakon menjadi OKU.
“Aku ada dekat Mid Valley ni, tapi nak parking susah. Lepas itu, kawan cakap kalau nak dapat parking ada satu cara.
“Betul-betul dapat parkinglah, tapi cara dia pelik sikitlah. Betul-betul dia jadi cacat, ini kalau kantoi dengan pak guard ni memang m4ti. Tapi, betul-betul dapat parking,” katanya.
Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna media sosial meng.ecam t.indakan lelaki itu yang did.akwa menyalahgunakan kemudahan disediakan untuk golongan OKU.
“Kemudahan untuk OKU di Malaysia dah lah tak banyak. Lepas itu, masih ada yang salahguna dan memperlekehkan orang cacat? Memalukan,” kata Deah.
VIDEO
“Kembali ke episod pen.indasan orang kurang upaya secara terang-terangan. Aku kalau pakai kereta tak ada stiker OKU pun tak sanggup nak parking di parkir OKU,” kata Adhura.
“Nampak macam betul-betul c.acat. Harap-harap memang betul, kalau tidak memang tak patutlah buat macam ini,” kata Dr Ted. Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 17,000 kali.
Reaksi Dari Senator Ras Adiba Radzi
Sumber: Kosmo | FB
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply