Pelakon Fizz Fairuz umum berita gembira, isteri selamat lahirkan anak keempat “keputusan 4-0 sekarang”

Pelakon Datuk Fizz Fairuz memanjatkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata keempatnya pada pukul 3.49 pagi Rabu.

Berita gembira itu dikongsikan Fizz menerusi akaun Instagramnya.

“Alhamdulillah… isteri saya selamat bersalin pada pukul 3.49 pagi, terima kasih kepada semua yang mendoakan. Amin. Keputusan 4-10 sekarang,” tulisnya sambil bercanda.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dfizzfairuz ?? (@fizzfairuzofficial)

Perkongsian itu dihujani ucapan tahniah dari rakan selebriti termasuk pempengaruh popular dari Indonesia, Mimi Peri.

Fizz sebelum ini pernah menyatakan hasrat mahu menimang anak lelaki namun lebih mementingkan keadaan kesihatan anak yang dilahirkan.

Kelmarin, Fizz berkongsi keadaan Alm yang sedang terbaring di atas katil hospital sambil menahan sakit contraction.

Video terbabit dibanjiri dengan doa dan rasa terharu netizen melihat pengorbanan seorang wanita bersabung nyawa untuk melahirkan seorang zuriat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dfizzfairuz ?? (@fizzfairuzofficial)

Fizz dan Almy telah mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 4, Nur Afrina Aurora, 3, Nur Afrina Ayra yang berusia setahun serta seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 10.

 

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*