
Sejak Haqiem Rusli, 23 mendirikan rumah tangga, isterinya Anis Sofea, 19 kerap kali menjadi sorotan ramai susulan wajah ayunya yang hampir mirip dengan selebriti popular, Hanis Zalikha.
Ramai yang mengakui hal itu dan Sofea sendiri beberapa tahun lepas pernah viral susulan gambar dan videonya yang dikatakan ‘kembar’ dengan isteri aktor Hairul Azreen.
Oleh sebab itu, Haqiem Rusli telah membuat kejutan untuk isterinya dengan menghubungi Hanis Zalikha sendiri untuk bercakap dengan Sofea menerusi panggilan video.
View this post on Instagram
Momen tersebut dikongsikan Sofea di Instagramnya dengan menyatakan yang dia hampir menangis ketika mendapat panggilan dari selebriti kegemarannya.
Dapat dilihat reaksi Sofea yang begitu terkejut sehingga hilang kata-kata apabila membuka mata dan melihat Hairul serta Hanis Zalikha sedang melihatnya melalui panggilan video.
Dikesempatan itu, Haqiem dan Sofea juga sempat menjemput pasangan selebriti tersebut untuk singgah ke kedai makan mereka.
Terdahulu, sekitar tahun 2019, video Anis Sofea di Twitter pernah menjadi perhatian ramai susulan wajahnya dikatakan mirip Hanis Zalikha oleh warganet.
y-e-s=yes, e-y-e-s=e yes ? pic.twitter.com/rYAgqNreD8
— anis sofea (@sofeaaaaz) October 23, 2019
Ketika itu, isteri kepada Haqiem Rusli ini masih lagi di bangku sekolah dan belum lagi menerima tempias populariti seperti sekarang susulan mendirikan rumah tangga dengan penyanyi terkenal Tanah Air.
Reaksi warganet
Sumber: IG sofeaaaaz, Twitter @sofeaaaaz, OMM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply