Isteri lahirkan akan diantara sempadan India dan Pakistan. Nama yang mereka beri pada bayi memang sangat unik

SEPASANG suami isteri dari Pakistan yang terkandas di sempadan India-Pakistan lebih daripada 70 hari, kini menjadi tajuk berita antarabangsa selepas mereka menyambut kelahiran bayi yang diberi nama ‘Border’.

Bayi lelaki yang dilahirkan pada 2 Disember lalu kini menjadi viral kerana namanya yang unik. Menurut India Today, pasangan yang dikenali sebagai Nimbu Bai dan Balam Ram, berasal dari daerah Rajanpur di wilayah Punjab.

Bayi lelaki yang diberi nama ‘Border’ kini menjadi viral kerana namanya yang unik.

Mereka telah terkandas di Attari, sebuah perkampungan yang terletak kira-kira tiga kilometer dari sempadan India-Pakistan selama lebih dua bulan lalu bersama 97 warga Pakistan yang lain.

Ketika sedang sakit mahu bersalin, Nimbu Bai dibantu oleh beberapa wanita dari kampung yang berdekatan. Penduduk tempatan turut menghulurkan bantuan dengan mengatur kemudahan perubatan untuk bersalin.

Ketika ditanya mengenai pemilihan nama unik untuk bayi mereka, pasangan itu berkata ini kerana anak tersebut dilahirkan di sempadan.

 

Sumber: India.COM via MSTAR ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*