Selepas Timbul Dikatakan Dipaksa Cer4i Isteri Pertama, Suami Nora Mula Tampil

KUALA LUMPUR: Ketika sedang meraikan musim yang indah selepas bergelar isteri, ujian datang menghimpit penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin dan suaminya, Dr Rushdi Ramli.
Tidak pernah terlintas di fikiran Nora dan suaminya, niat baik mereka menghebahkan berita pernikahan disambut dengan tuduhan tidak berasas.

Penyanyi masyhur itu yang mengumumkan beliau sudah menjadi isteri kepada Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya terpaksa berhadapan dengan dakwaan liar yang semakin luas tersebar di media sosial.

Dakwa netizen, Nora telah memaksa Dr Rushdi menceraikan isteri pertamanya selain pernikahan mereka sudah memasuki usia dua tahun. Tanpa menunggu lama atau membiarkan dakwaan itu berlanjutan, Dr Rushdi tampil memberi penjelasan.

Menurut Dr Rushdi, segala kenyataan yang ditularkan di media sosial merupakan fitnah dan tohmahan semnata-mata.

Dipaksa cerai isteri pertama, suami Nora jawab dakwaan

“Saya Rushdi Ramli secara jujur dan seikhlas hati ingin menjelaskan bahawa segala kenyataan-kenyataan yang telah diviralkan pada saat ini bertujuan untuk mencemarkan nama baik perkahwinan antara saya dan Datuk Nora Ariffin adalah suatu fitnah, adalah satu tohmah yang berniat jahat dan buruk

“Allahuakbar… semoga Allah SWT memberikan balasan yang setimpal terhadap orang-orang yang berniat jahat terhadap kami dan terhadap perkahwinan kami,” kata Dr Rushdi dalam rakaman suara yang diedarkan kepada wartawan pada Ahad.

Kelmarin, Nora membuat pengumuman di akaun Instagram peribadinya memaklumkan, beliau sudah menikahi Dr Rushdi yang juga rakan karib suami pertamanya, Allahyarham Johan Nawawi.
“Saya ingin meminta maaf kerana dari awal lagi saya memang berniat untuk tidak menghebah-hebahkan ikatan ini.

“Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib dan mengikut hukum sahaja. “Saya berpegang pada prinsip bahawa perkahwinan adalah satu ibadah dan ianya terlalu peribadi untuk saya kongsikan, bukan ingin bermegah-megah, jauh sekali untuk mencari publisiti.

“Jodoh, rezeki dan ajal adalah rahsia Allah yang telah ditentukan. Saya menerimanya dengan penuh sabar, reda dan syukur. Hanya kebaikan yang saya harapkan,” tulis Nora dalam hantarannya itu.

Baru Sahaja Bernikah Tiba2 Timbul Dakwaan Nora Meminta Suaminya Ceraikan Isteri Pertama Dan Sebenarnya Sudah Lama Berkahwin, Ini Kata2 Nora

NAMA penyanyi Datuk Nora Ariffin kembali menjadi sebutan netizen selepas timbul dakwaan mengatakan kononnya dia dan suami iaitu Dr Rushdi Ramli telah berkahwin sejak dua tahun lalu.

Selain merahsiakan tarikh sebenar perkahwinan, timbul juga cerita lain mendakwa Nora meminta suaminya itu menceraikan isteri pertamanya.

Tampil menjawab spekulasi yang timbul, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas itu.

Kata Nora, 48, segala tohmahan yang dilemparkan itu merupakan satu fitnah yang tidak benar sama sekali.

“Astagfirulllahalazim… semua ini fitnah, tidak benar. Ini saja statement dari saya,” katanya menerusi kiriman WhatsApp pada Ahad.

nora 3

Nora nafi dakwaan tidak berasas itu.

Menerusi laporan sebuah portal pada pagi Ahad, Nora didakwa menyembunyikan tarikh sebenar pernikahannya dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya itu yang difahamkan sudah hampir dua tahun.

Lebih mengejutkan, tular paparan mesej mengatakan Nora meminta suaminya menceraikan isteri pertama.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan status suaminya itu sama ada sudah mempunyai isteri atau duda sebelum berkahwin dengan Nora.

nora 2

Paparan skrin mesej yang diterima oleh sebuah portal hiburan.

Nora selamat mendirikan rumah tangga dengan kawan baik arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi dalam satu majlis tertutup baru-baru ini.

Perkahwinan itu sekaligus menutup gosip kononnya dia pernah bernikah dengan seorang menteri seperti yang bertebaran sebelum ini.

Nora mendirikan rumah tangga bersama komposer terkenal itu pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Johan meninggal dunia pada usia 52 tahun akibat serangan jantung pada 24 Mac 2017.

Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu baru berusia 20 tahun.

Terdahulu,

Nora umum kahwin dengan pensyarah UM, kawan baik arwah Johan Nawawi

SETELAH empat tahun bersendirian, penyanyi Datuk Nora Ariffin akhirnya bertemu jodoh dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli.

Khabar gembira itu dikongsikan balu Allahyarham Johan Nawawi itu menerusi Instagram.

Bagaimanapun Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, 48, tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis perkahwinannya itu.

“Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi mengasihani saya dengan rendah hati dan bersyukur ke hadrat Allah SWT ingin memaklumkan bertemu jodoh dengan hamba Allah yang juga sahabat baik arwah suami, Allahyarham Johan Nawawi dari kecil lagi.

“Beliau adalah saudara Rushdi Ramli,” tulis Nora.

Bismilahirahmanirahim. Wa Sallallahu ala Sayyidina Muhammad wa Baaraka wa Sallam,
‎حسبنا الله و نعم الوكيل
‎ولا قوة الا بالله
Dengan nama Allah yg Maha pemurah lagi Maha mengasihani.Bersempena dengan mlm jumaat yg merupakan sayyidul ayyam, saya dengan rendah hati dan bersyukur ke hadrat Allah SWT ingin memaklumkan bahawa saya kini telah bertemu jodoh dgn seorang hamba Allah yg merupakan sahabat baik arwah Johan sejak dari kecil lagi.
Beliau adalah saudara Rushdi Ramli.

Saya ingin meminta maaf kerana dari awal lagi saya memang berniat untuk tidak menghebah- hebahkan ikatan ini. Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib & mengikut hukum sahaja.

Saya berpegang pada prinsip bahawa perkahwinan adalah satu ibadah dan ianya terlalu peribadi utk saya kongsikan, bukan ingin bermegah- megah, jauh sekali untuk mencari publisiti.
Jodoh, rezeki & ajal adalah rahsia Allah yg telah ditentukan. Saya menerimanya dengan penuh sabar, redha & syukur. Hanya kebaikan yg saya harapkan.

Saya juga memohon agar semua insan yg mengenali saya dan para peminat, sudi menitipkan doa buat saya mendapat keluarga sakinah mawaddah warahmah, dipermudahkan segala urusan, diberkati, diredhai Allah SWT dunia akhirat. In Shaa Allah.

Jutaan terima kasih buat anak-anak & menantu mama yg amat disayangi, adik beradik tersayang , seluruh saudara mara, sahabat handai, JNSB team, FANORATIK, rakan- rakan media & semua yg telah banyak memberikan doa, semangat, sokongan & nasihat pada saya selama ini. Allah saja yg mampu membalas segala jasa baik kalian semua. Salam sayang dari saya Nora Ariffin

Selain itu Nora turut memohon maaf kerana merahsiakan perkahwinannya dengan Rushdi, 55, namun hanya dikongsikan dengan keluarga terdekat.

“Daripada awal lagi saya berniat mahu tidak berkongsi berita gembira ini. Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib dan mengikut hukum sahaja.

“Saya berpegang kepada prinsip perkahwinan satu ibadah dan ia terlalu peribadi untuk dikongsikan. Bukan ingin bermegah-megah, jauh sekali mencari publisiti.

Jodoh, rezeki dan ajal adalah rahsia Allah yang ditentukan

“Jodoh, rezeki dan ajal adalah rahsia Allah yang ditentukan,” luah penyanyi kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

 

Sumber: Mstar | Awani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*