Timbul dakwa4n kepada Nora Ariffin selepas dia dikatakan paksa suami c3rai isteri pertama

“Astaghfirullah hal ‘azim,” demikian respon penyanyi Datuk Nora Ariffin apabila muncul satu kontroversi panas membabitkan perkahwinannya baru-baru ini.

Menurut Nora, kesemua yang dinyatakan itu adalah tidak benar dan hanyalah fitnah semata-mata.

“Astagfirulllahalazim..Semua ini fitnah, tidak benar. Ini saja statement dari saya,” katanya ringkas.

Terdahulu, timbul desas desus tidak enak apabila ada seorang individu mendakwa Nora telah menyembunyikan tarikh sebenar pernikahannya dengan suami, Dr Rushdi Ramli yang difahamkan sudah berlarutan hampir dua tahun.

Tidak cukup dengan itu, individu tersebut juga mendakwa Nora pernah memaksa suaminya itu untuk menceraikan isteri pertama dengan hanya menggunakan pen dan kertas.

“Nora bukan baru kahwin ya. Sudah dua tahun tapi katanya baru ‘dilamar’.

“Dia beritahu kepada umum kononnya baru dilamar apabila wajah suami baharunya itu kantoi dalam satu video percutian Nora ke Langkawi.

“Hebat Nora berjaya menipu satu Malaysia. Boleh tanya Nora sendiri, berani kerana benar,” dakwa pengguna laman sosial tersebut.

DITUDUH SUDAH KAHWIN LAMA TAPI SEKARANG BARU BERITAHU

Terdahulu Nora mengumumkan telah bernikah dengan kawan baik arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi dalam satu majlis tertutup baru-baru ini.

Jelas Nora, dia memohon maaf kerana tidak memberitahu secara terbuka mengenai ikatan tersebut.

Nora sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Walau bagaimanapun suaminya meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Pada 13 Disember 2019, Nora sekali lagi diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.

 

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*