Gadis ini terkejut, tanya apa patut buat bila lelaki tidak dikenali terlelap dekat bahu

Pengangkutan awam sangat memudahkan kita untuk menuju ke sesuatu destinasi tanpa perlu penat memandu.

Tambahan lagi jika kita memang menggunakan pengangkutan awam sebagai pengangkutan utama untuk pergi ke pejabat. Walaupun kita hanya duduk saja, tetapi rasa penat itu mesti ada setelah seharian bekerja.

Kadang kala sampai tertidur hingga terlepas tempat yang ingin dituju. Sama seperti satu gambar baru-baru ini apabila seorang lelaki terlalu penat sehingga terlentok di bahu orang yang tidak dikenali.

Tak Tahu Nak Buat Apa

T.indakan seorang lelaki meletakkan kepalanya dipercayai tertidur di atas bahu wanita di sebelahnya mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Menerusi hantaran yang dibuat di Twitter shahirahrashid, memaparkan gambar dirinya bersama seorang lelaki yang sedang tidur lena di atas bahunya di dalam sebuah kapal terbang.

Menurut Shahirah, dia tidak dapat memberikan apa-apa reaksi mahupun respon mengenai situasi tersebut a.kibat berasa sedikit terkejut meskipun kurang selesa.

Susulan perkongsian terbabit, rata-rata pengguna laman sosial turut berkongsi kisah mereka ketika melancong serta meninggalkan pelbagai pesanan buat wanita yang berjalan sendirian.

“Berhati-hati, seorang kawan saya pernah diganggu secara s.eksual dengan pendekatan yang sama, nasihat saya adalah untuk merakamkan situasi tersebut atau letakkan barang di antara kerusi,” komen seorang pengguna dikenali sebagai Epul.

“Saya tak suka orang yang mengambil kesempatan dan tolonglah jangan bagi sesiapa ambil buat perkara macam ni lagi-lagi pada musim C0vid 19 ni,” ujar Elsa di ruangan komen.

Dalam pada itu, orang ramai turut menggesa supaya wanita terbabit mengejutkan lelaki itu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

“You patut kejutkan dia, takutnya benar lain jadi,” seloroh Afizza.

 

Sumber: Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*