Adik tertimbus hidup-hidup di bawah runtuhan tanah – Abang ceritakan detik terakhir

Ipoh: “Naluri memberitahu saya, adik tertimbus hidup-hidup di bawah runtuh4n tanah apabila dia tidak menjawab sebarang panggilan (telefon) dan mesej saya.”

Itu kata Muhammad Kamal Hamdi, 40, selepas adiknya Muhammad Hafiz, 31, disahkan m4ut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Seksyen 27 FT 185, kilometer 27.10 Jalan Simpang Pulai Blue Valley-Cameron di sini, semalam.

Muhammad Kamal berkata, dia lazimnya akan mengemas kini mengenai sebarang kejadian tanah runtuh atau kemalang4n jalan raya kepada adiknya dalam kumpulan sembang (group chat) keluarga pada telefon bimbit.

Mohd Kamal Hamdi

“Saya sudah maklumkan kejadian tanah runtuh itu dalam group chat tetapi dia tidak menjawab, biasanya dia yang pertama membalas mesej saya.

“Saya cuba menghubunginya berulang kali tetapi dia tidak mengangkat telefonnya. Dari situ, saya tahu ada sesuatu yang berlaku kepada adik saya.

“Saya baca begitu banyak berita yang tular mengatakan adik saya sudah meninggal dunia, ada yang kata masih hidup.

“Oleh kerana tidak berpuas hati, saya pergi sendiri ke kawasan tanah runtuh dan bertanya sendiri kepada anggota bomba.

“Betul lah, salah seorang mngsa ialah adik saya. (Hubungan) kami sangat rapat, dia seperti kawan baik saya, adik saya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, malam tadi.

VIDEO

Mayat Muhammad Hafiz berjaya dikeluarkan dari kawasan tanah runtuh itu pada 10.50 malam tadi dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Muhammad Kamal berkata, jnazah adiknya akan dik3bumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Tanjung Piandang di Kerian, hari ini.

Arwah Muhammad Hafiz meninggalkan seorang isteri serta dua anak, masing-masing berusia dua tahun dan bayi yang baru lahir.

Sementara itu, Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, setakat 11 malam, dua mayat sudah ditemui.

“Mayat pertama ialah pemandu Toyota Alphard (Vellfire) dikenali sebagai Tan Chee Heng berusia 36 tahun. Mayat mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira 9.30 malam.

“Mayat terakhir ialah Muhammad Hafiz yang berjaya dikeluarkan dari kawasan tanah runtuh pada 10.50 malam selepas 10 jam operasi,” katanya.

Beliau berkata, operasi masih diteruskan sekiranya ada mngsa lain yang terperangkap.

“Anjing pengesan bomba dari Unit K9 sudah dihantar ke lokasi kejadian” katanya sambil menambah tiada pergerakan tanah dilaporkan setakat ini.

 

Sumber : Hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*