Lepas isu ikan siakap, terbaru harga sekeping roti canai di Langkawi buat ramai terkejut. Ini reaksi dari KPDNHEP

SELEPAS isu ikan siakap, harga sekeping roti canai biasa di Langkawi didakwa dijual pada harga yang tidak munasabah.

Susulan dakwaan roti canai dijual pada harga RM4 di Langkawi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal (KPDNHEP) meminta pelanggan yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu supaya tampil membuat aduan.

Menurut laporan Astro Awani, Pengarah KPDNHEP Kedah, Rae Morn Verak dipetik sebagai berkata, pegawai telah diarahkan untuk membuat pemeriksaan.

Namuan katanya, tiada laporan sedemikian ditemui.

Sehubungan itu, beliau meminta pelanggan berkenaan atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung roti canai RM4 itu membuat laporan serta mengemukakan resit kepada KPDNHEP untuk siasatan dijalankan.

“Pihak kami berhubung dengan Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) untuk mendapatkan maklumat lanjut dan kami juga menyeru sekiranya ada pihak yang terlibat tolong kemukakan kepada kami resit untuk kita buat siasatan.

“Pada masa sama, saya sudah arahkan KPDNHEP cawangan Langkawi untuk mengadakan pemantauan melalui Op Menu di kawasan-kawasan yang dinyatakan tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Astro AWANI semalam melaporkan bahawa CAKE menerima 100 aduan berkaitan makanan mahal di negeri itu.

Setiausaha CAKE, Mohd Yusrizal Yusoff dilapor berkata, aduan itu termasuklah kes roti canai dijual pada harga RM4 sekeping di Langkawi, kira-kira dua minggu lalu.

 

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*