DJ radio Isma Halil rupanya berada di p3njara sg buloh, dia sempat kirim satu nota pada peguamnya dan kandungan nota didedahkan

Penyampai radio dan pengasas Bapakku FM, Isma Halil Hamzah meminta peminat terus menyokong dan bersabar berikutan kehilangannya menggalas tugas untuk ke udara menghiburkan pendengar.

Menerusi nota ringkas dikirim kepada peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zulkarnain, Isma yang difahamkan kini berada di Pen.jara Sungai Buloh turut meminta maaf terhadap apa yang sudah berlaku.

INI KATA KATA DJ ISMA HALIL DI DALAM NOTA

“Terima kasih kepada semua sahabat yang saya ada. Dan saya sihat adanya di Sungai Buloh ini. Demi Allah, saya tidak seperti berita negatif yang terfitnah kepada saya.

“Maafkan saya sebab tidak ke udara lagi. Sabarlah semua sahabat. Berpisah adalah untuk bertemu lagi. Terima kasih kerana menyokong saya,” katanya.

Nota ringkas ini diberikan Isma Halil kepada Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zulkarnain semasa kedua-dua mereka bertemu dengannya, kelmarin.

Terdahulu, Isma ditahan reman di Penjara Sungai Buloh di bawah Seksyen 39B Akta Da.dah Berbahaya yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan huku.man ma.ti man.datori.

Ahmad Zaharil pula berkata, Isma baharu dituduh dan belum lagi dibicarakan mahupun disabit kesalahan lagi untuk pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

“Berikutan itu, saya mohon semua pihak tidak menimbulkan sebarang spekulasi lagi selepas ini.

“Untuk makluman semua, sebutan di Mahkamah Majistret Jalan Duta ditetapkan pada 15 Disember ini untuk laporan Jabatan Kimia.

“Jika laporan itu sudah siap, maka kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan (kes ini hanya boleh dibicarakan di Mahkamah Tinggi sahaja),” katanya

Berita berkenaan Isma Halil terkait penyalahgunaan barangan terlarang mula diperkatakan pada September lalu berikutan tersebar dakwaan mengenai seorang penyampai radio ditahan pihak polis selepas didapati memiliki da.dah jenis gan.ja.

Menurut laporan pihak polis, suspek ditahan di kediamannya di ibu kota kerana memiliki da.dah jenis gan.ja seberat 447.44 gram yang sudah diasing-asingkan kepada 22 paket plastik.

 

Sumber: ASNsohor

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*