
Ketika kawan-kawanya sibuk dengan kerja sekolah, lain pula kisahnya dengan seorang remaja di Kampung Seberang Takir, di sini yang sudah hampir bergelar seorang usahawan dan sibuk bergelvmang dengan udang gagau serta ikan bilis yang diusahakannya sendiri selepas kematlan ibu bapanya.
Mohd Aimy Shahril Mat Ali yang baru berusia 16, berkata, dia mula didedahkan dengan perusahaan membuat belacan dan ikan bilis ketika berusia 13 tahun oleh arwh bapanya, Mat Ali Sulong.
Selepas pemergian ibunya sembilan tahun lalu dia dijaga sepenuhnya oleh bapanya yang memberi tunjuk ajar menguruskan perniagaan itu. “Bapa saya baru menlnggal dunia bulan lalu namun perusahaan membuat belacan dan ikan bilis ini saya urus sejak empat tahun lalu dengan tunjuk ajar arwh bapa ketika itu.”
“Saya hanya bersekolah hingga tahun enam, malah tidak sempat menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), namun itu tidak mem4tahkan semangat saya untuk berjaya dalam hidup.”
“Alhamdulillah, saya mampu memperoleh jualan lebih RM50,000 sebulan,” katanya.
Menurutnya, ikan bilis diperolehnya daripada nelayan setempat dan ia akan melalui proses merebus serta jemuran sebelum dijual dengan harga RM20 hingga RM30 bergantvng kepada jenis ikan bilis.
Tambahnya, Mac hingga Ogos dia memproses ikan bilis sebanyak 500 kilogram (kg) sehari manakala sekitar September hingga November pula sebanyak 1,000 kg ikan bilis diproses dan ketika itu jualan ikan sedikit murah serta boleh mencecah RM12 sekilogram.
Mohd Aimy berkata, antara spesies bilis yang diprosesnya ialah bilis puc4t, tembaga merah, bara, tembaga hltam manakala spesis tembaga merah paling mahal dijual dengan harga RM30 sekilogram dan dalam sehari dan dia mampu menjual sehingga 100 kilogram.
“Kini, saya mempunyai seramai 10 orang pekerja yang usia mereka jauh lebih tua dan berpengalaman. Semua mereka itu membantu untuk menguruskan perusahaan ini walaupun saya dalam usia yang masih muda.
“Bagi produk belacan pula, perusahaan ini mampu menghasilkan sehingga 1,000 ketul sehari dan purata 700 ketul dijual setiap hari dengan harga RM4 seketul dan setiap bulan saya memerlukan lapan tan udang gagau untuk menghasilkan belacan terbabit.
“Setiap perniagaan mesti ada cab4rannya dan saya tidak terkecuali pernah ditlpu dan ia menjadi satu pengajaran dalam dunia perniagaan,” katanya yang juga seorang anak tunggal.
Menurutnya, purata jualan belacan itu boleh mencecah RM1,000 sehari dan apabila dicampvr dengan jualan ikan bilis purata pendapatan sebulan boleh mencecah RM50,000.
VIDEO
Sumber: transformasi.pw
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply