Ini yang terjadi dekat individu yang nak b0gel dari KL ke Johor selepas JDT kalah Piala Malaysia

Taktikal Bojan Hodak untuk tidak membenarkan gol awal diperoleh Johor Darul Ta’zim JDT nyata membuahkan hasil apabila Kuala Lumpur City KL City berjaya melakar kemenangan 2-0 dalam aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kemenangan itu juga cukup bermakna buat skuad The City Boys yang menamatkan penantian selama 32 tahun untuk mendakap kembali piala berprestij berkenaan dan lebih manis ia dilakukan pada ulang tahun ke 100 Piala Malaysia, selain meraih tiket ke Piala AFC musim depan.

Kali terakhir Kuala Lumpur menjulang trofi tertua itu adalah pada tahun 1989 yang menyaksikan mereka melakar rekod hatrik selepas muncul juara pada 1987 dan 1988.

Kekalahan itu nyata menyentap e.go juara bertahan itu yang menjadi pilihan rata-rata pemerhati dan peminat bola sepak tempatan untuk memenangi piala berkenaan.

Selain bergelar juara, KL City juga mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang mengharungi kempen Piala Malaysia musim ini.

Ada Individu Janji Nak Buka Baju, Seluar Jika JDT Menang

Semalam, ada di kalangan peminat yang berjanji luar dari jangkaan hanya untuk menghangatkan lagi situasi pertemuan dua kelab pada final Piala Malaysia tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik di media sosial, memaparkan seorang individu yang berjanji akan membuka baju serta seluar daripada Kuala Lumpur hingga ke Johor.

VIDEO

Tak dapat tunaikan janji

Walau bagaimanapun, menerusi gambar terbaru lelaki berkenaan dilihat seperti sedang menerima bantuan alat pernafasan akibat sesak nafas dan memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan janjinya.

VIDEO

 

Sumber: Kosmo | OB | OM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*