Lelaki ini tunjuk di mana punca air terjun. Tak disangka benda sekecil ini boleh terjadinya air terjun

SUNGAI dan air terjun menjadi lokasi riadah dan rekreasi pilihan ramai melepaskan lelah di hujung minggu. Masakan tidak, airnya yang sejuk dan bunyi percikannya memberikan terapi dan ketenangan yang tiada bandingan.

Namun, pernahkah korang terfikir punca mata air atau punca air yang menjadikan air terjun yang tidak henti mengalir?

Youtuber yang juga dikenali sebagai Pemburu Air Terjun, Mohd Syafiqi Zakaria berkongsi perjalannya mencari punca air terjun. Dia berkongsi mengenai punca air sungai yang paling hulu yang menjadi punca air itu mengalir.

Video dikongsikan Mohd Syafiqi memaparkan punca air hanyalah kecil yang mengalir secara berterusan. Punca air itu dikatakan mengalir pada celahan pokok dan batu.

Air yang mengalir dicelah-celah pokok dan batu itulah yang menjadi sungai yang begitu besar. Malah air terjun dan juga kepala air yang terjadi itu juga berpunca daripada mata air yang kecil ini.

“Jangan terkejut, ia (aliran air) kecil sahaja. Ada yang datang cari celahan batu,” ujarnya sambil menunjukkan mata air disebalik daun-daun kering.

Malah dia juga menemui punca air dari celah-celahan akar pokok.

“Dari air dari celahan pokok dan batu inilah menjadi sungai yang besar juga air terjun,” katanya.

Menurut Mohd Syafiqi lokasi punca air itu berhampiran dengan puncak bukit. Video berkenaan menerima 2,300 tanda suka dan 1,700 perkongsian di Facebook.

Netizen memberikan pelbagai reaksi susulan perkongsian Mohd Syafiqi. Rata-rata baru mengetahui berkenaan punca mata air yang menjadi sungai.

– “Info berguna ni.”

– “Allahuakbar, terima kasih. Sudah lama saya nak cari info ini, akhirnya dapat.”

– “Baru saya tahu. Terima kasih atas content berkualiti.”

– “Terjawab soalan saya waktu kecil dahulu.”

– “Ku sangkakan ada kolam atas bukit.”

Malah ada yang kesal isu penebangan hutan yang berleluasa yang mengganggu punca air.

– “Hilang bukit, hilang lah air kita.”

– “Elok sahaja alam semula jadi tetapi manusia datang rosakkan semua itu.”

Mohd Syafiqi banyak berkongsi pengembarannya menjejaki air terjun di Malaysia di saluran Youtube Syafiqi Zakaria Channel.

VIDEO:

 

Sumber: sinarplus

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*