Cucu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee Terlepas Dari Tali G4ntung

Tiga termasuk cucu seniman ulung negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menarik nafas lega apabila terlepas huku.man gantung selepas Mahkamah Tinggi hari ini melepaskan dan membebaskan mereka daripada tuduhan mengedar 4.6 kilogram da.dah jenis Kana.bis, tiga tahun lalu.

Hakim, Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah terhadap Zakaria Nasir yang merupakan cucu P. Ramlee selain Mohd. Faizul Zulkifli, 39, dan Mohammad Saifuddin Darmawan, 34.

Dalam penghakiman, Nurulhuda menegaskan pihak pendakwaan gagal memanggil saksi yang material atau saksi penting bagi membuktikan kes pendakwaan.

 


“Justeru, timbul keraguan terhadap pertuduhan tersebut. Maka, ketiga-tiga tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan,” katanya.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh bagi mencapai niat bersama telah mengedar da.dah jenis Kana.bis seberat 4,678.5 gram di sebuah unit rumah di Desa Idaman, Taman Puchong Prima dekat sini pukul 3.50 petang pada 15 Januari 2018.

Oleh demikian, mereka dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Da.dah Berba.haya 1952 dan boleh dihu.kum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Kese.ksaan yang memperuntukkan huku.man gantung sampai ma.ti.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Heikal Ismail.

Manakala Zakaria Nasir diwakili Peguam Latheefa Koya dan Zaid Malek sementara Peguam Datuk Rajpal Singh dan Phan Yantong Nur Sarah mewakili Mohd. Faizul.

Bagi Mohammad Saifuddin Darmawan pula diwakili Peguam Dir Kheizwan Ab Halim @ Kamaruddin.

 

Sumber: Utusan Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*