Kec0h video empat sekeluarga ugut dan r0sakkan kereta. Rupanya ada kena mengena dengan status ‘4ntivaksin’ di media sosial

KUALA LANGAT – Tindakan empat beranak dipercayai mengugut seorang wanita selain merosakkan kenderaan dengan rotan kayu membawa padah apabila ditahan di rumah mereka di Kampung Tumbuk Darat Tanjong Sepat, baru-baru ini.

Kesemua suspek terdiri daripada pasangan suami isteri dan dua anak perempuan berusia 21 hingga 49 tahun diberkas pukul 9 malam, Khamis lalu.

Penahanan mereka susulan video Tik Tok berdurasi 19 saat atas nama “mokcik cun” dan tular sehingga mendapat 22,800 tanda suka dan 901 perkongsian yang dilakukan mangsa sendiri merupakan seorang wanita berusia 41 tahun.

 


Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca salah faham dengan tindakan mngsa yang merupakan suri rumah meletakkan status ‘B0ikot anti v4ksin terutama peniaga satey’ di media sosial Tik Tok sehingga menjadi tular.

Katanya, wanita itu pernah pergi ke rumah salah seorang suspek untuk memujuk supaya mengambil suntikan vaksin bagi ibu mentua mereka.

“Namun, mereka menolak pujukan itu dan suspek yang tersinggung dengan status dimuat naik di media sosial bertindak menyerang mngsa bersama ahli keluarga lain.

Tangkap layar memaparkan aksi salah seorang suspek memegang kayu rotan ketika merosakkan kereta mangsa

“Ksemua suspek yang menaiki kereta jenis Proton Preve telah menahan kenderaan dinaiki mangsa sebelum seorang daripada suspek memukul dan memecahkan kereta mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, perbuatan suspek menyebabkan mangsa berasa takut dan terancam sehingga anak lelaki mangsa berusia lima tahun menangis ketakutan.

Ujar Ahmad Ridhwan, mangsa dan anaknya yang berada dalam kereta mereka bagaimanapun tiada mengalami sebarang kecederaan.

“Manakala kereta mangsa kemek di bahagian bonet hadapan, belakang dan sebelah pemandu namun cermin tidak pecah sepenuhnya,” katanya.

Jelas beliau, sepanjang insiden itu mangsa kemudiannya telah membuat Tik Tok dengan nama “mokcik cun” menggunakan telefon bimbit dan telah viralkan insiden tersebut.

VIDEO

“Kita telah merampas sebatang kayu rotan yang digunakan ketika kejadian dan kesemua mereka direman empat hari sehingga esok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 atau 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

Sumber: kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*