“Dah kena rakam pun buat tak tahu..” lelaki ini dengan ‘selamber’ curi kabel internet depan rumah orang

Dua rakaman video seorang lelaki dipercayai mencuri kabel telefon milik Telekom Malaysia (TM) di Manjoi di sini tular di laman media sosial hari ini.

Video berdurasi lebih satu minit yang di kongsi pengguna bernama Zahir Isma’i turut mendapat pelbagai reaksi netizen.

Berdasarkan video itu, individu yang merakam aksi lelaki tersebut menegur tindakannya menurunkan kabel telefon menggunakan galah.

Namun lelaki berkenaan tidak mengendahkan teguran sebaliknya terus cuba menurunkan kabel tersebut dan membalas dengan berkata dia tidak menganggu individu yang menegurnya.

 


“Aku tidak kacau hang pun, pergi. Aku pergi ambil tempat lain pun dia tidak kacau dan sudah 10 aku ambil,” katanya.

Bagaimanapun, video itu kemudian telah dipadam dari akaun TikTok tersebut dan pemiliknya kemudian memuat naik video kedua dengan memaklumkan video pertama dipadam pihak TikTok.

Video kedua yang dimuat naik pula menunjukkan lelaki berkenaan turut mencuri kabel telefon sehari sebelum kejadian video pertama dirakam.

Rata-rata warga maya menyuruh pengguna akaun tersebut membuat laporan polis dengan segera.

Sehingga kini video kedua yang dimuat naik sekitar pukul 8 malam tadi telah ditonton lebih 50,000 pengguna dengan lebih 300 komen.

VIDEO

 

Sumber : kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*