Tular harga kailan ikan masin mahal teruk, akhirnya peniaga restoran tampil dengan cerita sebenar

GEORGETOWN: Selepas harga sotong RM 100 yang dijual di restoran nasi kandar di sini, kini tular pula harga sebungkus masakan sayur kailan ikan masin RM 18 yang disifatkan terlalu mahal dan tidak masuk akal.

Perkara itu tular di dalam media sosial Facebook hari ini selepas resit bayaran beserta gambar menu berkenaan dikongsi oleh individu dipercayai pelanggan di sebuah restoran yang didakwa di Kepala Batas, dekat sini.

 


“Kita sedia maklum barang mentah naik harga la sekarang ni. Harga ikan jenahak, sayur campur, ulam dan sambal, takpalah kita terima dengan reda.

“Tapi kailan ikan masin yang sikit boleh makan untuk sorang saja berharga RM 18 memang sukar untuk diterima. Nak buat macamana. Reda,” ujar pelanggan itu seperti dipetik menerusi laman Facebook hari ini.

Pihak Kedai Jelaskan

Peniaga kailan ikan masin berharga RM 18 di Kepala Batas di sini yang tular di media sosial sejak semalam tampil memberi penjelasan berhubung perkara itu hari ini.

Menerusi posting di laman Facebook Anjung Ikan Bakan Nory, pengusaha berkenaan berkata, insiden itu mungkin berlaku akibat salah faham pekerjanya ketika menyediakan tempahan pelanggan.

“Kes.ilapan kami mungkin juruwang tersilap key in harga hidangan saiz L besar atau mungkin pelanggan memesan saiz L, tetapi kru bahagian dapur sediakan kailan ikan masin itu dalam saiz S kecil berdasarkan gambar yang tular.

“Jika pihak kami s.ilap, boleh datang terus bertemu kami untuk menyelesaikan i.su ini dan bukan ditularkan di media sosial,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, dengan penjelasan berkenaan, pihaknya berharap dapat menyelesaikan i.su tersebut dan mengharapkan kerjasama pengadu untuk menghubungi pihak restoran.

 


Menerusi posting itu, pihak restoran berkenaan turut memberi penjelasan mengenai harga masakan kailan ikan masin mengikut saiz iaitu S berharga RM 6, M RM 12 dan L RM18 dengan memaparkan gambar menu restoran.

Terdahalu akhbar melaporkan seorang pelanggan terkejut apabila telah membeli sebungkus kailan ikan masin bagi seorang makan yang berharga RM 18 di sebuah restoran di Kepala Batas.

Kejadian itu tular di media sosial Facebook selepas pelanggan berkenaan berkongsi gambar resit dan hidangan itu sambil mendakwa harganya sukar diterima biarpun reda.

Resit berkenaan turut memaparkan lauk ikan jenahak berharga RM 90, sayur campur RM 9 serta ulam dan sambal RM 5 dengan nilai keseluruhan RM 122.

 

Sumber: kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*