
Saat kelahiran insan yang tersayang adalah antara momen sering dinanti-nantikan setiap pasangan. Proses kelahiran ini kata orang umpama peperangan bagi si isteri yang terpaksa berdepan dengan rasa s4kit umpama 20 tulang dalam badannya p4tah serentak.
Justeru itu, pentingnya buat suami berada di samping isterinya yang sedang bertarung melahirkan zuriat mereka.
Berkongsi pandangannya itu Ahmad Mukhlis Mohd Rosdi, 30, berkata kehadiran suami ketika isteri melahirkan bukan hanya sekadar untuk membisikkan kata-kata semangat, bahkan untuk menyaksikan sendiri betapa besarnya pengorbanan si isteri buat keluarga.
VIDEO
View this post on Instagram
Berkongsi video dia menemani isterinya, Nazreen Azura Abd Karim, 27 ketika melahirkan anak mereka yang kedua pada 16 November lalu, Ahmad Mukhlis yang mesra dipanggil Kelis berkata pengalaman melihat isteri bertarung nyawa boleh membuatkan si suami lebih menghargai isteri.
“Dia bert4rung nyawa untuk melahirkan anak jadi mesti dia nak suami ada bersamanya.
“Kita yang bersunat masa kecik pun nak mak ayah teman, inikan isteri yang terpaksa menanggung rasa s4kit yang berpuluh kali ganda, tentulah dia nak kita ada dengan dia.
“Jangan biarkan isteri s4kit seorang diri kita perlu teman isteri bert4rung nyawa supaya kita akan rasa lebih menghargai isteri kita,” katanya yang menetap di Kota Bahru, Kelantan.
Mengakui perasaannya sendiri bercampur baur setiap kali menemani isterinya dalam dewan bersalin, Kelis berkata suami perlu melawan rasa t4kut dan mencabar diri mereka untuk menemani isteri masing-masing.
“Setiap kali teman isteri perasaan saya bercampur baur, risau, sedih, gembira dan tak sabar nak tunggu baby keluar.
“Masa teman dia sy non-stop suruh dia mengucap, sebut “la ilaha illa antasubha naka inni kuntuminazzolimin”, istighfar, selawat dan memuji Allah.
“Kemudian saya cakap dekat dia “baby tak sabar nak jumpa ibu dia” so that dia lebih bersemangat untuk meneran,” katanya, menambah dia juga akan membaca surah Maryam.
Kelis bersama isteri dan anak sulungnya.
Menurut Kelis, isterinya itu bertarung sekitar empat jam sebelum lahirnya puteri sulung mereka yang diberi nama Aminah.
“Bila s4kit, isteri saya akan genggam tangan saya sampai merah, ada la dekat seminggu baru hilang.
“Tapi parut bekas luka sebab tertvsuk kuku dia masih ada lagi sampai sekarang,” selorohnya.
Anak kedua Kelis selamat dilahirkan selepas sekitar empat jam ibunya bertarung di dewan bersalin.
Dia bagaimanapun menegaskan bahawa peranan suami bukanlah sekadar menemani isteri di dewan bersalin.
“Jangan biarkan isteri kita jaga anak seorang diri lepas tu nak kena kemas rumah sorang-sorang lagi,” tambahnya.
Menurut Kelis, kebiasaannya dia bersama mentuanya akan menjaga isterinya sepanjang tempoh berpantang. Setakat ini video yang dikongsikan Kelis di akaun TikToknya itu mendapat lebih satu juta tontonan.
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply