Baru reda isu sotong dan ikan siakap, terbaru tular pula harga kailan ikan masin. Bila tengok harga, ramai terkejut

Selepas harga sotong RM100 yang dijual di restoran nasi kandar di sini, kini tular pula harga sebungkus masakan sayur kailan ikan masin RM18 yang disifatkan terlalu mahal dan tidak masuk akal.

Perkara itu tular di dalam media sosial Facebook hari ini selepas resit bayaran beserta gambar menu berkenaan dikongsi oleh individu dipercayai pelanggan di sebuah restoran yang didakwa di Kepala Batas, dekat sini.

“Kita sedia maklum barang mentah naik harga la (sekarang) ni. Harga (ikan) jenahak, sayur campur, ulam dan sambal, takpalah kita terima dengan reda.

“Tapi kailan ikan masin yang sikit boleh makan untuk sorang saja berharga RM18 memang sukar untuk diterima. Nak buat macamana. Reda,” ujar pelanggan itu seperti dipetik menerusi laman Facebook hari ini.

Bagaimanapun nama restoran tidak didedahkan menerusi catatan pada laman Facebook itu.

Berdasarkan bil yang turut dimuat naik, pelanggan berkenaan turut membeli lauk ikan jenahak berharga RM90; sayur campur (RM9) serta ulam dan sambal (RM5) dengan jumlah bil keseluruhan RM122.

Foto Resit

Komen Netizen:

“Takpalah dah order, dah makan, dah hadam, dah cerna, dah ke loji indah water pun… Halalkanlah nanti lain kali beringat sudah”

“Kelmarin tgk d pasaraya, kailan sepokok rm2.60 lbh krg. Mgkin sayur mahal”

Harga dua ekor sotong goreng RM100 buat ramai terkejut, akhirnya pihak restoran tampil dengan penjelasan ini

GEORGE TOWN – Perkongsian seorang pelanggan mengenai pengalamannya menikmati nasi kandar berlaukkan dua ekor sotong goreng berharga RM 100 di sebuah restoran nasi kandar popular di sini mendapat perhatian ramai sehingga tular di media sosial hari ini.

Menurut perkongsian oleh seorang lelaki di Facebook, dia mengingatkan agar rakan-rakannya berhati-hati sekiranya mahu menikmati nasi kandar di negeri ini kerana menganggap harganya yang mahal.

“Hati-hati kawan-kawan yang mana nak mai makan nasik kandaq kat Penang. Harga dua ekor sotong boleh cecah sampai RM 100,” katanya.

Lelaki berkenaan turut berkongsi gambar hidangan sotong itu yang bersaiz agak besar dan dinikmati bersama nasi beriani.

Selain itu, pengguna Facebook itu turut berkongsi gambar sekeping resit yang dikeluarkan di restoran tersebut pada pukul 5.09 petang semalam.

Resit itu memaparkan harga bagi dua ekor sotong goreng segar berharga RM 100, manakala sepinggan nasi beriani kosong berharga RM 4.50, nasi putih RM 1.50, dua biji telur masin RM 2, papadom RM 3 dan timun RM 2.

Sementara itu, wakil pengurusan restoran berkenaan ketika dihubungi hari ini memaklumkan pihaknya telah meletakkan tanda harga bagi setiap menu, manakala harga sotong berkenaan adalah harga standard di restoran itu.

Tampil Beri Penjelasan

Reaksi Orang Ramai

Perghh sotong kayangan..dia ternak dlm sangkar jugak kot buat pameran.

Zaman 80an kalau kena s.embelih pelanggan kena telan aje. Tidur malam pun tangan letak kat dahi. Zaman sekarang jangan buat main2..x sampai 5 minit dah v.iral.

Harga makanan sekarang ini… Agak g.ila2, dan terlalu tinggi. Biarlah berpatutan, jangan untung banyak sangat.

Nak makan sedap sampai puas nak mampos, masak lah sendiri… Pg pasar beli sotong berton2 tak taukey tu marah… Ukur dulu itu pocket, baru ukur perut nak makan apa d kedai.

 

Sumber: Kosmo | MG | utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*