
Sejak pembentangan Belanjawan 2022 pada bulan lalu, mesti ramai yang masih keliru atau tertanya-tanya mengenai inti pati dalam pembentangan tersebut, terutama mengenai bantuan baharu yang diperkenalkan. Adakah ia berbeza daripada bantuan-bantuan yang terdahulu?
Jangan keliru kerana bantuan yang diberikan oleh kerajaan ini hampir sama dengan bantuan terdahulu, namun ia telah ditambah baik dengan jumlah bantuan yang lebih tinggi.
Menerapkan semangat ‘Keluarga Malaysia’, kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah menyediakan bantuan yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi pembentangan Bajet pada 29 Oktober lalu, mengumumkan sejumlah RM 8.2 bilion diperuntukkan dalam Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang bakal memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima.
Bagi yang masih tertanya-tanya, meh luangkan masa sekejap untuk baca dan faham mengenai BKM ini, terutamanya mengenai jumlah bayaran dan cara semak status pembayaran.
Apa itu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?
Untuk pengetahuan anda, BKM merupakan bantuan tunai langsung yang menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), dengan beberapa pembaharuan supaya kumpulan yang benar-benar terkesan diberikan lebih tumpuan. Menariknya, pembaharuan yang diterapkan di dalam BKM telah mengambil kira cadangan yang diterima daripada orang ramai melalui penerbitan Kertas Konsultasi Awam berhubung penambahbaikan bantuan rakyat.
Kategori dan jumlah bayaran BKM
Menerusi BKM, isi rumah termasuk ibu tunggal dan warga emas yang terkesan turut mendapat manfaat. Jumlah pemberian BKM ini meningkat berbanding RM1,800 iaitu kadar tertinggi di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini.
Kategori : Isi rumah
1. Pendapatan isi rumah bawah RM2,500
Tiada anak: akan menerima RM1,000
Ada satu hingga dua orang anak: akan mendapat RM1,500
Ada tiga anak atau lebih: akan mendapat sebanyak RM2,000
2. Pendapatan isi rumah atas RM2,500
Tiada anak: akan mendapat RM400
Ada satu hingga dua anak: akan mendapat RM600
Ada tiga atau lebih anak: akan mendapat RM800
3. Ibu bapa tunggal yang ada anak tanggungan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000
Akan mendapat RM500
4. Warga emas yang mempunyai pendapatan RM5,000 dan ke bawah
Isi rumah: akan mendapat RM300
Bujang/ tiada pasangan: akan mendapat RM600
Kategori: Bujang
Bujang yang berpendapatan RM2,500 ke bawah
Akan mendapat RM350
Perlu ke buat permohonan baharu?
Tidak perlu bersusah payah membuat permohonan baharu kerana data penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021, penerima Bantuan Khas COVID-19 (BKC) dan pemohon BPR yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin (GKP) juga akan dimasukkan secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disahkan kelayakan.
Namun, permohonan baharu bagi BKM perlu dibuat jika anda tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM.
Penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat pula perlu melakukan kemas kini dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu dari 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 (1 bulan).
Bagaimanapun, tarikh itu tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa yang akan diumumkan kelak.
Tarikh pembayaran
Setakat ini, tarikh pembayaran BKM tidak dimaklumkan lagi, bayaran akan dilakukan 4 kali setahun. Anda boleh menyemak status permohonan di laman web yang akan dilancarkan oleh Kementerian Kewangan kelak.
Kaedah bayaran BKM
Sama seperti kaedah pembayaran bantuan-bantuan sebelum ini, penerima akan menerima wang menerusi dua cara iaitu:
Ada akaun bank
Berjaya kredit
Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM
Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR/BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat
Gagal Kredit (Akaun tidak aktif dan akaun tutup)
Perlu lakukan tuntutan tunai di Cawangan BSN
Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/kemas kini BKM
Tiada akaun bank
Perlu lakukan tuntutan tunai di Cawangan BSN
Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemas kini BKM
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia. Selain itu, anda juga boleh mengikuti Facebook, Instagram dan Twitter Kementerian Kewangan untuk mendapatkan info-info terkini mengenai bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan.
Kredit:siakapkeli
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply