
Terdahulu, luahan seorang wanita yang mendakwa telah dikhianati susulan namanya dibuang daripada syarikat oleh suami sendiri ternyata mengundang simpati ramai.
Sejak itu, lelaki tersebut dikritik ‘bagai kacang lupakan kulit’ gara-gara tidak menghargai jasa isteri yang sanggup susah senang bersama sejurus lepas mengecapi kemewahan.
Allah uji kita sebab sayang

Sambil memuat naik klip video yang memaparkan dirinya bagi burung makan di Tanah Suci, usahawan El Azman berkongsi hikmah setiap ujian diturunkan adalah sebagai tanda sayang Allah S.W.T. terhadap hamba-Nya. Dia malah percaya, asbab kesabaran ketika mengharungi satu-satu dugaan itu mampu jentik hati seseorang agar ingat kembali pada Maha Pencipta.

Dicaci beribu, hina & ftnah hadapkan sahaja…Allah ada untuk orang yang diduga
Ujarnya lagi, manusia memang tidak terkejar dek segala nikmat yang tersedia di dunia. Walau dicaci, dihina atau difitnah oleh berjuta orang sekalipun, dia percaya bahawa jika seseorang itu reda dan berserah semuanya akan kembali baik-baik semula. Justeru itu, El Azman mengucapkan tanda syukur kerana berasa semakin dekat di sisi Allah S.W.T sebalik apa yang telah berlaku.

Masa, kebahagiaan & harta…3 yang tak mungkin dapat sekali
Menerusi posting ‘part 2′ di Instagram miliknya pula, El Azman menyifatkan bahawa masa, kebahagiaan dan juga harta adalah agak mustahil untuk diraih sekali gus. Namun begitu, ketiga-tiga elemen berkenaan itu tetap diharapkan dapat jua dalam kehidupan.

Kredit : IG elazman_
Isteri Minta Dilepaskan. Suami Tenang Je Boleh Pergi Buat Umrah Dulu. Sekali Ini Respon Dari Nuramirah Buat Ramai Yang Terkedu.
Kemelut rumah tangga antara usahawan, Nur Amirah dan suaminya El Azman dilihat masih belum menemui noktahnya meskipun sudah beberapa hari menjadi perhatian warganet.
Terbaharu, El yang juga pengasas jenama Elrah Exclusive dipercayai berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah menerusi satu muat naik video di aplikasi TikTok memaparkan dirinya di sebuah lapangan terbang.
Menerusi perkongsian beberapa InstaStory milik Nur Amirah pula, dia yang juga pempengaruh media sosial membuat luahan apa yang terbuku di hati yang berharap agar dirinya ‘dilepaskan’ oleh si suami.
Selain menyaran supaya tidak menggunakan lagi perkataan RAH dipercayai singkatan namanya bagi jenama bisnes tersebut, ibu kepada dua cahaya mata itu tidak lupa mengucapkan selamat menunaikan umrah kepada suaminya.



Meninjau ke ruangan komen video TikTok berkenaan, ramai menyifatkan lelaki terbabit seolah-olah tiada rasa bersalah selepas didakwa tergamak membuang nama isterinya dari syarikat yang diusahakan bersama.
Namun, ada juga segelintir warganet berharap agar El atau nama penuhnya Muhd Hilmi Che Azman memperbanyakkan doa di Tanah Suci sekali gus dapat menemui jalan bagi menyelesaikan masalah yang melanda.


Terdahulu, Nur Amirah atau mesra dipanggil Kak Migha melakukan pendedahan menerusi IG Live mendkwa namanya dibuang dari syarikat selepas meminta untuk berpisah. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: OMM
Isteri Bongkar Nama Dibuang Dari Syarikat Sendiri. Sekali Tak Boleh Berdiam Ini Pulak Reaksi Dari Warganet.
Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang usahawan Nur Amirah mendkwa namanya dibuang daripada syarikat sendiri oleh suaminya di bawah jenama pakaian Elrah Exclusive sehingga mengundang simpati orang ramai. Menurut warganet, tindakan tersebut disifatkan menganiaya wanita apatah lagi pernah melalui susah senang bagi memperkukuhkan jenama berkenaan meskipun si suami tidak mempunyai apa-apa sebelum ini.
Menerusi pemerhatian di media sosial Facebook, segelintir warganet menyatakan hasrat untuk memboikot perniagaan lelaki berusia 33 tahun itu susulan dkwaan ‘jahat’ dilakukan terhadap isterinya. Mereka berpendapat, lelaki terbabit tergamak ‘buang’ isterinya daripada perniagaan yang diusahakan bersama-sama selain mendkwa bersikap ‘tarik tali’ meskipun wanita itu sudahmemfailkan permohonan pisah. Dah jutawan terus buang isteri



Menerusi ciapan di laman Twitter pula, terdapat juga individu menyatakan hasrat sama supaya tldak membeli lagi jenama berkenaan kerana ‘saklt hati’ apabila melihat pengorbanan usahawan wanita itu tidak dihargai oleh suaminya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : https://transformasi.pw
Dikatakan Hampir Setahun Tidak Duduk Sebumbung. Isteri Pengasas Terkenal Bongkarkan Sikap Sebenar Suami.
Selesai membahasakan dirinya sebagai Kak Migha, isteri kepada El Azman ini disifatkan seorang wanita yang tak boleh duduk diam.
Ada saja benda yang mahu dibuat usahawan ini sejak masih bergelar penuntut universiti suatu ketika dulu. Enggan melihat generasi muda hari ini terbuai dengan keseronokan dunia perniagaan tanpa mendalami selok-belok bidang berkenaan, Nur Amirah Maulat Abdullah terpanggil untuk berkongsi rahsia.
“Kena ingat, bukan semua rezeki dia dalam business, setengah orang usaha sikit hasil kebabom, setengah orang usaha banyak tapi tak ada hasil. Sebab semuanya dari Allah. Jadi kalau boleh, nak berbisnes biarlah kena dengan cara. Kalau sambil study, buat part time pandai bahagi masa. Dapat duit lebih simpan jangan joli.
Tak tahu nak habaq lagu mana, tapi ilmu tu penting, Kak Migha start business masa umur 23 tahun habis study. Kerja juga office. Sambil kerja sambil business online.
Sampai satu tahap income masuk sehari ribu-ribu baru berhenti kerja. Bukan sehari masuk 5 order terus berhenti. Buat apa pun fikir dengan waras,” tegasnya yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kewangan dari Universiti Teknologi Mara.
Nur Amirah yang kini mengusahakan perniagaan kosmetik Kayra Health Beauty selain meluaskan perniagaan jubah lelaki dan wanita di bawah jenama Elrah Exclusive brsama-sama suami yang juga seorang usahawan.
Hasil perkongsian hidup bersama El Azman, pasangan suami isteri ini dikurniakan dua orang anak iaitu Azkayra Malaiqa berusia 2 tahun dan Asytar Malik 9 bulan.
Diuji Dalam Perkahwinan, Setahun Tak Sebumbung
Sebelum ini katanya, dia dan suami sudah setahun tidak duduk sebumbung, malah sudah lima kali keluar masuk mahkamah kerana urusan rumah tangganya.
Bagaimanapun, hikmah PKP yang berlanjutan ini telah membuatkan kesnya terpaksa ditunda dan akhirnya dia dan suami memilih untuk berdamai.
Mengulas lebih lanjut, usahawan kosmetik menyatakan bahawa dia mengamalkan solat istikharah bagi memohon petunjuk sebelum membuat sebarang keputusan.

Tidak hanya itu sahaja, suaminya juga antara insan yang bersungguh-sungguh mempertahankan hubungan mereka suami isteri sekaligus pertahankan keluarga yang dibina bersama.
Sehubungan itu, Amirah turut menyatakan bahawa dia hanya mengikuti segala yang telah ditentukan dan tidak mahu memberi tekanan kepada dirinya.
Tengah Live Semalam, Migha Luahkan Segalanya Yang Terpendam.
Video 1:
https://www.facebook.com/100000887011994/videos/445927363916763/
Video 2:
https://www.facebook.com/100000887011994/videos/1070552623691212/
Video 3:
https://www.facebook.com/100000887011994/videos/500488884297903/
Video 4:
https://www.facebook.com/100000887011994/videos/901479253835068/
Kredit : Nona/FB
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply