Penyanyi Aishah dedah sudah 3 bulan tidak tinggal sebumbung dengan suami. Rupanya ini yang terjadi

IBARAT retak menanti belah, itulah situasi penyanyi Aishah yang mendedahkan rumah tangga kali keempat yang dibina sejak lima tahun lalu kini goyah.

Berkongsi mengenai perkara itu, Aishah atau nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin, 56, memaklumkan dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan suami sejak tiga bulan lalu.

“Benar, kami sudah berp1sah, cuma, talak belum dilafazkan. Kami sudah tinggal berasingan, sejak tiga bulan lalu.

“Tiada siapa berkahwin untuk bercer41. Saya juga mengimpikan perkahwinan keempat kekal hingga akhir hayat. Jadi, usah ditanya apa punca perpisahan ini.

“Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa. Anggap sahaja antara kami sudah tiada jodoh,” katanya seperti dilapor BH.

Aishah dan suami sudah tidak tinggal sebumbung.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Janji Manismu ini berkata dia berkongsi mengenai keruntuhan rumah tangga bukan bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak. Namun, dia memberanikan diri membuka cerita peribadi itu bagi mengelakkan timbulnya f1tnah.

“Jika boleh saya tidak mahu kisah rumah tangga jadi tatapan umum. Namun, saya akan menerima kesannya hanya kerana saya seorang selebriti.

“Saya memang memberi sedikit bayangan menerusi hantaran dimuat naik dalam laman Instagram (IG). Mana yang tahu, tahulah…

“Pengakuan dibuat selepas saya berfikir panjang dan tidak mahu timbul fitnah jika ada melihat saya bersama lelaki lain dalam urusan kerja.

“Siapa tidak sedih melihat mahligai yang dibina berantakan. Tetapi, saya akur dengan ketentuan Tuhan,” katanya.

Aishah bersama dua anaknya.

Usaha mStar mendapatkan penjelasan lanjut masih belum berjaya apabila panggilan dan mesej tidak berjawab. 

Menerusi laporan mStar pada 2017, Aishah memaklumkan dia sudah sudah kembali berumah tangga selepas enam tahun bercerai dengan suami ketiganya iaitu pada 2011.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya perkahwinan keempatnya itu. Menerusi perkahwinan pertama dia dikurniakan Armand Azhari, 28 dan perkahwinan kedua dikurniakan Azhad Ahlami, 23.

 

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*