Pelanggan yang viralkan resit sotong RM100 akhirnya tampil, dedah cerita sebenar

GEORGETOWN: Selepas tular harga ikan siakap kayangan di Langkawi, Kedah baru-baru ini, kini isu harga kayangan pula kecoh di Pulau Pinang apabila harga dua ekor sotong didakwa mencecah RM 100.

Ia berpunca daripada perkongsian seorang pelanggan di media sosial mengenai pengalamannya menikmati menu nasi kandar di sebuah restoran nasi kandar popular di itu semalam.

Pelanggan tersebut memuat naik gambar sepinggan nasi kandar berserta resit pembayaran yang memaparkan harga bagi dua ekor sotong goreng segar berharga RM 100.

Resit tersebut turut memaparkan harga bagi sepinggan nasi beriyani kosong berharga RM 4.50, nasi putih RM 1.50, dua biji telur masin RM 2, papadom RM 3 dan timun RM 2.

Menerusi perkongsian itu, pelanggan terbabit mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati sekiranya ingin menikmati nasi kandar di negeri tersebut kerana menyifatkan harganya agak mahal.

Perkongsian pelanggan tersebut mendapat perhatian ramai sehingga tular di laman sosial hari ini yang rata-rata mend.akwa harga tersebut mahal.

Sementara itu, Pengarah Restoran Hameediyah, Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim ketika dihubungi  hari ini memaklumkan pihaknya telah meletakkan tanda harga bagi setiap menu di restoran mereka.

Katanya, pelanggan tersebut dipercayai telah memesan sotong bersaiz lebih besar dengan harga yang telah ditetapkan. Ketika diberikan resit, pelanggan terbabit membayar harga makanan tersebut tanpa mempersoalkan harga yang dikenakan terhadap mereka.

Bagaimanapun, pelanggan berkenaan bertindak memuat naik resit berkenaan di laman sosial Facebook pada malamnya seolah-olah tidak berpuas hati dengan harga berkenaan.

Mengulas lanjut, Muhammad Riyaaz berkata, pihaknya membeli sotong mentah dengan harga yang mahal iaitu mencecah RM 35 hingga RM 50 sekilogram.

Harga untuk saiz sotong yang dipesan pelanggan tersebut adalah harga standard yang ditetapkan di restorannya, tambahnya.

Berikutan itu, Muhammad Riyaaz berkata pihaknya sudah membuat penjelasan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP berhubung kos dan harga jualan sotong goreng berkenaan.

Pelanggan Dah Minta Maaf

Pelanggan sebuah restoran nasi kandar popular di Pulau Pinang yang memuat naik resit harga dua ekor sotong RM 100 di media sosial memohon maaf kepada pemilik restoran berkenaan.

Pengarah Restoran Nasi Kandar Hameediyah, Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim, mend.akwa pelanggan berkenaan memohon maaf kepada pihaknya menerusi mesej di aplikasi WhatsApp pada Rabu.

Menurut Muhammad Riyaaz, pelanggan wanita berkenaan mengakui memuat naik resit tersebut di media sosial, namun bukan bertujuan mempertikaikan harga hidangan sotong goreng berkenaan. Ini kerana, menurut wanita itu, dia mengakui tahu akan harga hidangan sotong goreng apollo tersebut.

“Pelanggan wanita berkenaan menjelaskan harga sotong berkenaan memang harga yang sepatutnya kerana bersaiz besar dan harga berkenaan tidak mahal,” d.akwa Muhammad Riyaaz.

Bagaimanapun, dakwanya, t.indakan wanita itu memuat naik resit berkenaan telah disalah sangka oleh pihak lain yang kemudiannya menyunting gambar tersebut dengan kapsyen seolah-olah menggambarkan harga hidangan berkenaan terlalu mahal.

Justeru bagi memastikan orang ramai mendapat penjelasan sebenar berhubung i.su berkenaan, Muhammad Riyaaz mend.akwa, pelanggan wanita itu meminta dia memuat naik permohonan maaf daripada pihaknya di media sosial agar orang ramai tidak lagi tersalah sangka.

Sementara itu, Muhammad Riyaaz berkata, setakat ini pihaknya belum bercadang untuk membuat laporan polis berhubung kej.adian itu. Namun, katanya, perkara tersebut sedikit sebanyak telah memberi reputasi yang b.uruk terhadap restoran mereka.

“Benda ini sudah v.iral, mahu buat macam mana lagi. Sedikit sebanyak i.su ini akan memberi reputasi b.uruk kepada restoran kami, saya sudah terima permohonan maaf pelanggan terbabit melalui aplikasi WhatsApp malam tadi Rabu,” katanya.

 

Sumber: Astro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*