Penungg4ng motorsikal nyaris digiIis lori kontena, PDRM sahkan pemandu rupanya wanita. Netizen berjaya jumpa siapa wanita itu

Polis menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden melibatkan seorang penunggang motosikal yang hampir digilis sebuah lori kontena di pekarangan sebuah stesen minyak di Bandar Sultan Suleiman di sini pada pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku di stesen minyak berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi.

“Ketika kejadian, sebuah lori kontena yang dipandu seorang wanita berumur 35 tahun membuat pusingan U di dalam kawasan stesen minyak, sebelum melanggar mangsa yang sedang mengisi angin tayar motosikalnya.

“Akibat pelanggaran tersebut, mangsa telah terjatuh dan hampir digilis lori berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kes masih dalam siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Difahamkan, mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun mengalami luka pada tangan dan sakit bahagian kaki serta badan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

NETIZEN JUMPA SIAPA PEMANDU LORI TERSEBUT

Menurut satu group Facebook yang bernama #MATMOTO KL #BROTHERMOTOR MALAYSIA telah berjaya menjumpai siapakah pemandu lori tersebut.

Menerusi posting tersebut jika dilihat memang deskripsi yang diberitahu pihak polis hampir menyamai dengan apa yang netizen jumpa.

Rata-rata netizen mendakwa wanita tersebut adalah pemandu lori kontena terbabit sekali gus memberikan kecaman kerana tidak berpuas hati dengan cara pemanduan yang nyaris meragut nyawa mangsa.

 

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Aminnuraliff) | FB Norza Man & group

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*