
“Kalau Saya Tak Jaga Amanah Ini, Siapa Nak Jaga?”
Itulah jawapan Nasha Aziz apabila sering kali di tanya tentang jodoh. Dek kerana kejelitaannya itu, ramai melekat di depan TV kalau ada drama atau filem lakonan Nasha ditayangkan. Sampaikan ramai macam tak sabar nak tahu siapa yang berjaya tambat hati dan mengahwini Nasha Aziz.
Pernah mendapat gelaran “Supermodel Malaysia”, pelakon Nasha Aziz Nasha mempunyai pencapaian membanggakan dalam bidang lakonan termasuk memenangi anugerah nasional iaitu Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia.
Memulakan kerjaya dalam bidang peragaan sejak 1989, bakatnya mula diperkenalkan oleh Tiara Jacquelina, Nasha terus mengembangkan dan mencipta nama sebagai model terkenal tanah air sehingga ditawarkan kontrak peragaan di New York, Amerika Syarikat.
Namun, kerana batasan agama dan budaya, Nasha memilih untuk tinggal di Malaysia dan meneruskan bidang peragaan selain menceburi bidang lakonan.
Siapa sangka dalam kesibukannya mengejar cita-cita, Nasha reda jika dia ditakdirkan untuk hidup membujang hingga ke akhir hayat.
Nasha atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz, 49, berkata, dia menganggap tanggungjawab untuk menjaga dua ibunya adalah lebih besar berbanding soal jodoh.
” Soal jodoh saya serahkan jiwa dan raga kepada Allah. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya. Pada masa yang sama, kenapa saya masih belum menjumpai sesiapa sebagai jodoh adalah kerana saya mempunyai dua ibu yang single sekarang.
” Bapa saya pula dua-dua dah tiada. Jadi anak yang tinggal adalah saya. Sayalah menjadi tempat untuk mereka berborak atau meluah perasaan.
Nasha mahu memberikan sepenuh perhatian terhadap orang tuanya yang semakin uzur.
” Saya andaikan jodoh saya adalah untuk bersama dengan ibu. Ia anugerah terindah buat saya,” ujarnya kepada mStar.
Nasha memanggil ibu angkat (ibu saudara yang menjaganya) sebagai ibu dan ibu kandungnya sebagai mummy.
Kata Nasha, keadaan ibunya yang sudah tua dan uzur memerlukan dia untuk memberi perhatian yang lebih kepada mereka.
Mengakui pernah mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga namun tidak kesampaian, Nasha tidak melatah kerana menganggap ia sebagai peluang untuk dia membalas jasa ibunya itu.
” Memang ada saja kita bercadang-cadang tetapi kalau bulan izin Allah, kita takkan dapat juga. Mungkin ini sesuai dengan perjalanan hidup saya.
” Kalau saya ada suami, mesti saya kena tinggalkan ibu-ibu saya. Mereka dalam keadaan uzur, sensitif dan perlukan perhatian.
” Anak-anak buah saya pun ramai dan saya dah anggap mereka seperti anak saya sendiri. Setahu saya, adat dan adab sebagai wanita Melayu yang berkahwin, mereka kena lebihkan suami.
” Apapun, saya serahkan jiwa dan raga saya kepada Allah dan biarlah Dia yang tentukan saya untuk siapa. Kalau saya tak jaga amanah ini, siapa nak jaga?,” ujarnya lagi.
Sumber: HM online
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply