
Baru-baru ini, tular di media sosial berhubung bentuk h.ukuman yang dilar4ng iaitu terhadap fizikal serta mental dan emosi kononnya dikeluarkan oleh Unit Disiplin KPM.
Berdasarkan jadual yang ditularkan itu, h.ukuman terhadap fizikal yang dil.arang antaranya berdiri lama di tengah panas, lari keliling padang, berdiri lama di dalam atau luar bilik darjah, mem.ukul diri sendiri atau sesama sendiri, berdiri di atas kerusi atau meja serta menarik rambut atau telinga.
Untuk h.ukuman terhadap mental dan emosi yang dilarang seperti gunting rambut, berdiri membuat latihan, berleter, gantung tulisan di badan, memalukan di khalayak ramai, kelas t.ahanan pada waktu rehat, mem4ki h.amun, menconteng muka dengan kapur, koyak buku latihan, meng.ugut atau menggertak murid, tidak menghiraukan murid dan tidak menanda buku latihan.

Reaksi Dari Menteri Pendidikan
Kementerian Pendidikan KPM menegaskan, pihaknya tidak pernah mengeluarkan jadual bertajuk Unit Disiplin KPM Bentuk-Bentuk H.ukuman Yang Dil.arang seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.
Menurut kenyataan akhbar KPM, tatacara pengurusan disiplin yang dikeluarkan KPM adalah mengikut Peraturan-Peraturan Pendidikan Disiplin Sekolah 1959 serta Surat Pekeliling Ikhtisas SPI Mengenakan H.ukuman Biasa Terhadap Murid-murid yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran.
“Sehubungan itu, KPM menegaskan bahawa tatacara pengurusan disiplin murid adalah berdasarkan Garis Panduan dan SPI yang dinyatakan tersebut,” katanya hari ini.
Saya kongsikan kenyataan media KPM berhubung laporan portal berita bertajuk “Gempar!!! Bermula esok, guru boleh dih.ukum sekiranya berleter terhadap murid”.
Saya langsung tidak pernah membuat kenyataan sedemikian. Portal itu meletakkan gambar saya seolah-olah saya yang keluarkan kenyataan tersebut.

KPM juga tidak pernah mengeluarkan jadual bertajuk Unit Disiplin KPM, Bentuk-bentuk Hukuman Yang Dilarang dalam mana-mana dokumen rasmi KPM.
Sama-sama kita semak kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarkannya. Mohon jasa baik sahabat semua kongsikan-kongsikan penjelasan ini.
Reaksi Orang Ramai
Alhamdulillah… Tadi sampai kita minta izin nak bercakap.. Bimbang kene t4ngkap. Esok bolehlah kembali bersiap-siap. Bukan leteran yang diucap. Tapi kata nasihat yang diungkap.
Terima kasih YB atas pencerahan..moga dipermudhkn urusan semua cikgu2 dan murid2 ya.

Tak fhm kenapa benda ni mcm gempar sangat. benda ni dah lama dah dgr..sebelum Dr. jadi menteri.
Alhamdulillah..terima kasih YB atas penjelasan. Dah susah hati nak masuk kelas jadi orang b.isu..Masih boleh digunakan lagi speaker semula jadi saya.
Sumber: FB
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply