
Syarikat Bas, Sani Ekspress Sdn Bhd mengambil tindakan terhadap pemandu bas yang didakwa tidak berhenti solat Subuh serta meninggalkan penumpang dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ke Jertih, Terengganu pada Sabtu lalu.
Sani Ekspress menerusi satu kenyataan memaklumkan, pemandu tersebut tidak lagi diberi tugas sebagai pemandu bas buat masa ini dan siasatan dalaman akan dilakukan dalam tempoh terdekat.
Jelas kenyataan tersebut, pemandu berkenaan akan dikenakan tindakan disiplin seperti amaran, kaunseling, latihan semula atau tindakan lanjut mengikut prosedur syarikat.
“Berhenti rehat dan solat adalah prosedur wajib bagi semua pemandu Sani Express semasa dalam perjalanan. Solat lima waktu adalah perkara wajib yang harus ditunaikan oleh umat Islam.
“Pihak syarikat berasa kesal atas apa yang berlaku dan memandang serius berhubung insiden itu. Kami juga ingin memohon maaf atas insiden yang berlaku dan berjanji akan berusaha supaya perkara ini tidak berulang,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Pada Ahad tular di media sosial seorang pengguna akaun Facebook, Muhammad Safwan memuat naik status menceritakan kejadian dialami sepanjang perjalanan menaiki bas tersebut.
Katanya, pemandu bas berkenaan tidak memberikan sebarang reaksi apabila ditanya lokasi bas berhenti untuk menunaikan solat Subuh.
“Letih arini (hari ini) naik Sani Express trip (perjalanan) MKB58. Dah la driver (pemandu) tak berhenti solat Subuh. Bila tanya nak berhenti kat mana, dia wat (buat) senyap. Buat muka ‘keras’, buat tak tahu.
KENYATAAN PENUH SANI EXPRESS TENTANG INSIDEN TERSEBUT
KENYATAAN RASMI
Berkenaan isu yang tular baru-baru ini , kami telah menerima banyak pertanyaan(komen/pm/inbox) dari orang ramai status tindakan selanjut nya oleh Pihak Syarikat berkenaan isu ini.
Untuk makluman semua, pemandu tersebut telah diturun kan dan tidak lagi diberi tugas sebagai pemandu bas buat masa ini, siasatan dalaman syarikat juga akan diadakan dalam masa terdekat
Tindakan Disiplin/Amaran/kaunseling/ Latihan Semula atau tindakan lanjut adalah Prosedur Syarikat yang akan dilakukan kelak terhadap pemandu tersebut.
Pihak Syarikat memandang serius berkenaan insiden tersebut dan berasa kesal terhadap apa yang berlaku, berhenti Rehat dan Solat adalah Prosedur Wajib bagi semua pemandu Sani Express semasa dalam perjalanan, Solat 5 waktu adalah perkara WAJIB yang harus di laksanakan kita sebagai Umat Islam.
Kami / Pihak Syarikat ingin memohon Maaf di atas insiden yang berlaku dan berjanji dan berusaha agar perkara tersebut tidak berulang lagi.
SANI EXPRESS SDN BHD
Sumber: Sinar Harian | Sani Express
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply