Syukur alhamdulillah!! Ismail Sabri umum bila duit masuk untuk bayaran kedua bantuan khas

KUALA LUMPUR – Sebelum ini pembayaran Fasa 1 bagi Bantuan Khas C0VID 19 BKC dibuat secara berperingkat mulai 6 September 2021 bagi penerima B40 dan 9 September 2021 bagi penerima M40, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata peruntukan itu melibatkan dana berjumlah RM 3.1 b.ilion serta memanfaatkan 4.4 j uta isi rumah, 1.1 j.uta warga emas yang bujang atau tiada pasangan dan 4.5 j.uta individu bujang.


“Secara keseluruhannya, inisiatif bantuan tunai ini dijangka memanfaatkan hampir 10 j.uta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 b.ilion.

“Bayaran BKC ini dijadualkan pada September, November dan Disember 2021,” katanya semasa membentangkan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional LAKSANA ke-66.

Pada 28 Jun lalu, kerajaan mengumumkan Pakej Pemulih sebagai antara inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan akibat p.andemik C0vid 19.

Ismail Sabri berkata, BKC adalah sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi Pemulih, selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

“Pembayaran seterusnya akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan,” katanya.

Menurutnya, beliau berharap pembayaran PKC sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan a.kibat C0vid 19 dan kerajaan akan terus komited memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutama kumpulan sasar.


BKC layak diterima golongan miskin tegar dan B40 dengan jumlah pendapatan isi rumah warga emas RM 5,000 dan ke bawah, manakala bujang berpendapatan RM 2,500 ke bawah.

Kriteria semakan kelayakan bagi golongan M40 pula adalah yang melaporkan cukai pendapatan dengan jumlah pendapatan RM 5,001 hingga RM 9,000 untuk isi rumah dan RM 2,501 hingga RM 5,000 untuk bujang.

Kategori m.iskin tegar bagi isi rumah akan menerima RM 1,300 yang dibayar menerusi tiga fasa warga emas sebatang kara RM 500 dan bujang RM 500 masing-masing dibayar mengikut dua fasa.

Bagi kategori B40 untuk isi rumah akan menerima RM 800 dibayar dua fasa, warga emas sebatang kara RM 200 dan bujang RM 200, manakala kategori M40, isi rumah layak menerima RM 250, warga emas sebatang kara RM100 dan bujang RM100.

Bayaran Fasa Dua

Bayaran fasa dua Bantuan Khas C0vid 19 BKC akan dibuat mulai Khamis ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bayaran kedua itu melibatkan 700,000 penerima isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin dengan peruntukan sebanyak RM 300 j.uta.

“Pembayaran seterusnya iaitu fasa tiga BKC akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu pada Disember ini melibatkan peruntukan sebanyak RM 1.2 b.ilion untuk 3.8 j.uta penerima isi rumah kategori m.iskin dan B40,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Kredit : Sinar

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*